Quantcast
Channel: Isabelle... frankly
Viewing all 64 articles
Browse latest View live

Komen pasal AJL29

$
0
0

Sejak jaman Francessca Peters masuk AJL pakai baju kurung tahun 1986 dulu, aku memang boleh dikatakan tiap-tiap tahun akan set masa untuk duduk tercongok depan TV. Memang favourite lah, walaupun aku masa tu kecik lagi. 
Kecuali jaman dok hostel masa Form 1 sampai Form 5 dulu. Gigih aku kerabat locker pasang telinga kat sebelah dinding rumah warden semata-mata nak dapat feel AJL. Macam orang bercinta la...tak dapat jumpa, dapat tengok bumbung pun jadik la. Yang ni... Tak dapat tengok, dapat dengar pun, jadik lah. Mihmihmih.

Semangat kan? Bajet macam pengkritik muzik la sangat.
Walhal bakat muzik ke laut, suara pun macam jantan kalau karaoke. Bahahaha. 
Tapi, disebabkan cikgu Cheah Eng Khoon (cikgu muzik aku dulu) pernah bagi A kat aku, kira valid je la komen-komen yang aku nak tulis kat entry ni.

Ye la... Ye la... 
Tau la aku ada banyak keje lain. 
Tapi sebab aku dah bosan mengarang Chapter untuk tesis aku, maka aku pun mengambil inisiatif (la  sangat!!!) untuk scribble benda lagho ni.


Anyway, AJL29 kali ni agak special bagi aku.
Sebab aku dah tak follow lagu-lagu yang 'in' kat Malaysia for the year. So, takde la bias. In fact, most lagu aku tak pernah dengar pun. Kira masa AJL tu la first time aku dengar. 
Bukan la aku tak layan lagu Melayu. Kalau karaoke, lagu Melayu gak aku tibai. Cuma sebab aku tak download lagu-lagu baru... so agak ketinggalan di sittew.

So, malam Ahad aritu, punya la semangat tunggu depan TV pukul 11.30 malam (9 malam Malaysia time), walhal esoknya kena gi uni. 
Start pun dah ngantuk. Tunggu habis AJL, confirm la ngantuk yang hamat.
Jangan tak tau, aku punya semangat tu, siap ingat hari Sabtu final AJL nye. Dah prepare brownies nak dikudap sambil depan TV. Sekali, tipah tertipu daaa... 
Hamsap betul Anep silap bagi info!


Okay, kita start dengan Persembahan Intro.

Kemain sakan otai-otai rock menggoreng gitar tanpa minyak, walaupun dok wonder... apakeheynya-yeop? Tapi aku layankan aje sebab nampak abangChik (sepupu aku, Black Wings) pun ada drumming atas stage. Tak jadi nak komen lebih-lebih.
Tapi bila M. Nasir keluar.... start la aura AJL tu. Ye la kan, dia pernah jadi Juara AJL apa.




Finalists AJL pulak, aku tak ingat sangat susunan... tapi lebih kurang la.


Hazama, Malaikat
Ewah! Kemain kau...tajuk Malaikat. Sekali tengah syok nyanyi tu, malaikat izrail datang tegur kang, baru tau. Hahaha. Okay, tak lawak.

Untuk aku yang first time dengar lagu ni, aku dengar lirik tu...tau la, ni taste budak-budak jaman sekarang. 
Aku rasa gimik dia pakai cadar baju kelawar putih jadi screen tu macam tak best. Sebab screen memang dah ada selebar-lebar stage. Jadah apa pulak aku nak tengok kat pungkoq Hazama tu bila start animation?
Lain la kalo sexy bums macam Alex O'Loughlin ke... Channing Tatum ke. 
Eh.


 Indah Ruhaila, Percayalah

Aku baru tingat malam tu, Indah ni produk AF. Tu pun setelah aku tanya Anep... minah ni datang dari mana hah? Hahaha.

Tajuk lagu tu dah la sama macam lagu Sitikus. Kat chorus pun, dok nyanyi Percayalahhhh... Percayalahhhh... dah macam nak sama je.
Vocal dia memang best, walaupun macam terse'et sikit dekat-dekat tengah.

Baju tu typical la ala-ala princess. Gittew.
Tapi aku sangaaat tak berkenan dalam lirik tu tetiba ada sebaris lirik in English. You're always in my heart.
Apa-ke-dah-habis-lirik-BM-untuk-lagu-Melayu? Walhal lassssst sekali, boleh je  dia sebut 'Kau selalu di hatiku...' 
Okay, ni salah Aeman a.k.a Zul 2By2 la... bukan salah Indah pun.

Bab lampu chandelier tu jatuh, aku tak tau la gimik ke hapa. Cuma aku terbayang, what if terjatuh bersepai time batalion Stacy dok terkinja-kinja atas stage tu?






Alyah, Sesal Separuh Nyawa

Saja je kan, time Alyah nyanyi, camera hala kat Ramli M.S. Hahaha. Propa gittew!

Aku suka gak gimik dia yang tak keluar-keluar tu. Ingatkan Alyah live, rupanya panel LED daaa. Tapi, dah separuh lagu, baru nak keluar tunjuk muka, macam dah lari konsep pulak orang nak negok rupa dia nyanyi live atas stage.

Tudung dia malam tu memang jadi bahan. Orang kata macam pakai foil. Tapi aku nampak macam medieval knight. Hahahaha. Sama  tak? Sama tak?





 Lepas tu... Hattan/ Waris, Gadis Jolobu.




Lagu ni catchy. Nampak diorang enjoy atas stage. Tak la nampak trying so hard.
Tak perlu Hattan pakai topi Minangkabau kerana nak emphasize on the Nismilan-ness tu. Kehkehkeh.



Mojo/Caliph Buskers, Romancinta

Setahu aku menjelang final AJL aritu, Edry amik vokalis Indon... sampai orang kecoh-kecoh, apa dah takde penyanyi Malaysia ke?
Maybe gimik, or maybe aku yang tak up-to-date... tapi bila muncul Caliph Buskers..... memang sah tidak menghampakan.

Untuk aku yang first time dengar lagu ni...memang aku rasa best. Lagu best, vokal best. 
Biasanya bila singer pause kejap masa nyanyi tu... memang best la sebelum dia tarik kaw-kaw punya key tinggi.
Tak tau la Aweera nyanyi best ke tak sebelum ni.



Bunkface and Amy Search/ Rentak Laguku
 
Maybe Sam Bunkface saja pakai rambut ala Aweera atau Slash... itu tidaklah diketahui. 
Lagu ni tak masuk dalam jiwa aku, sebab genre dia kot. (bunyi macam ancient sangat ke aku yang berumur *cough cough* 25 tahun *cough* ni?)

Most of the time, aku dengar suara Sam lagi dominant daripada suara Amy, kecuali time Amy solo la. So tak dapat la aku komen banyak.



Joe Flizzow and Sonaone/ Apa Khabar

Lagu ni bukan favourite aku jugak, walaupun aku suka hip hop. Hmmm... maybe sebab terlampau santai lirik dia. Rasa plain.


Aku suka lagi lagu hip hop dia yang Alhamdulillah tu.



Stacy/ Gilalah

Aku terperasan, macam most finalists pakai baju hitam, putih or kaler-kaler tak menonjol... tak tau la sebab tema ke hapa. Tapi tetiba Stacy kuar dengan colourful ala-ala funfair bergerak tu, terkejut jugak la.

As usual, Stacy sangat energetic. Tapi lagu ni pun bukan jiwa aku.



Dayang Nurfaizah/ Di Pintu Syurga

Lagu ni best. Feeling gittew walaupun maybe baru kali kedua aku dengar. First time aku dengar dulu, masa semi-final, orang kata "Nasib baik Dayang masuk final, bukan Fynn Jamal." Hahaha. 

Aku setuju sangat lah.

Again, vokal Dayang sangat menyerlah masa dia pause kejap sebelum sambung nyanyi.

Kat last tu, bila suara Captain Zahari MH370 dipasang, rasa sentap sangat.

Lyricist lagu ni, Iman Imran tu sebijik macam seseorang yang ada kat Adelaide ni. Tergelak-gelak aku ngan Anep dok cerita pasal persamaan diorang.

 
Hafiz/Matahari

Lagu ni pun best. 
Ish... macam aku ni bias ke lagu-lagu ballad pulak. Nampak sangat usia aku di sittew.

Standard la Hafiz. Vokal memang power. Tema props dia...isu banjir kat Malaysia. 

Cuma aku tak feel sangat macam aku feel lagu Dayang/ Shila/ Mojo.



Najwa and the Palauans/ Lelaki

Lagu ni pun antara yang aku rasa catchy. Penari-penari comel siap pasang misai-like-a-sir tu, memang kena. Cuma, maybe tak cukup hebat kot.


 

Shila Amzah/Masih Aku Cinta

Aku suka suara dia. So, aku harap Shila menang something. Attitude dan drama-drama dia yang sebelum ni, put aside la. 

Ada yang kata pakaian dia meraban, tapi aku rasa topi dia tu to blend in dengan music daripada instrument China (er hu) tu kot. 
Tapi bab backdrop yang ala-ala jaman Kak Melah/Aishah masuk AJL tu... tak dapek den nak nolong.



Oh ye... lupa lak.

Bila tetiba ada persembahan selingan kat tengah-tengah perjalanan AJL, aku macam "Eh?".


Whatever la. Aku nak komen sorang-sorang pun, aku tak kenal sangat diorang ni. Entah mmg gah ke.. entah sendu ke.

Masing-masing pulun nyanyi, serlahkan vokal. Tapi sebab aku bukan Sheila Majid's fan... so aku tak hadap sangat la lagu Ku Mohon tu. Hahahaha


Persembahan penutup pulak... Tomok ngan Ronnie. Hmmm... layankan aje lah. 
Suara Tomok memang jauh beza jaman Sejarah Mungkin Berulang dulu. Time dulu tu, pantang keluar lagu dia kat radio, laju je tangan aku tukar channel. 

Tapi, bila Headwind keluar... aku suka! (walhal dulu aku tak minat Zainal, sama level tak minat dengan Sheila Majid).

Aku suka lagu-lagu yang dia nyanyi malam tu, sangat nostalgia. In fact, tu la lagu-lagu yang aku masih nyanyi kat karok, dan masih ada dalam playlist aku (note: aku malas download lagu baru).

Dan lagu Suraya tu...memang dulu aku selalu nyanyi bila aku panggil kawan aku yang bernama Suraya. 
Cheh! Bunyi macam lesbo pulak. 
Tak... aku straight ye.


Cuma aku tak setuju bila Zainal minta audience sambung lagu. 
Ni bukan konsert, bang! Ni persembahan. Haishhh...dah jadi mentor pun, takkan tak tau lagi.



Gandingan AG ngan Scha sebagai emcee... hmmm.. okay la. Cuma masa dia baca twitter tu, macam main pilih je, dan tersilap pilih pulak yang meraban. 
Haaa...gelabah kau nak cover!

Dan aku terkejut gak tengok kali ni takde tukar-tukar baju. Takde sponsor kot. Hahaha.

Emcees belakang tabir pulak, memang terkinja-kinja (Juliana Evans je nampak calm)... dan berlumba-lumba nak cakap. Macam what-the?

Tu belum cerita lagi bab sponsor, yang penuh newsfeed kat FB orang mengutuk. Maunye tidak, setiap 5 minit, "Qu putih, qu putih, barula putih..."

Memang annoying la sangattttt.
Tapi lawak giler bila kengkawan kat FB share benda-benda ni...

 




Speaking of that, aku wonder la adakah masa diorang interview Dayang lepas perform tu secara kebetulan, atau err... nak buktikan sesuatu? Hahahaha
Ada bran makcik Qu Puteh? Kalau Dayang jadi putih, confirm ramai orang akan beli produk tu.
Aku yang Mendes dan Lopez ni pun sanggup beli.

Okay... keputusan AJL29 pulak....
Kali ni, nampak la matang sikit kot. Walaupun aku terkejut beruk jugak bila lagu Apa Khabar yang menang, tapi jelas la tak semestinya lagu popular je akan jadi juara, atau penyanyi cun je akan dipilih. 
Jauh sekali nak harap ke undian sms---apa kao ingat kau Mawi? Hahaha

 So, bila Persembahan Terbaik  dapat kat Caliph Buskers, yang tu memang ramai dah agak.

Dayang Nurfaizah dapat vokal terbaik pun tak ralat. Cuma jenuh benau aku tengok Dayang nak kerabat tangga untuk naik stage bila pakai baju sarung cempedak berkepak tu.

Ketiga: Di Pintu Syurga- Dayang Nurfaizah
Naib Juara : Masih Ku Cinta -Shila Amzah
Yay! Aku suka jer... sebab aku tak kisah pun Dayang ke, Hafiz ke, Shila ke, Caliph Buskers ke...

 
Juara : Apa Khabar -Joe Flizzow and Sonaone.
Juri dah cakap lagu ni ada potential di peringkat antarabangsa. Dan blablabla.... so, aku tak kisah la. 
Aku pun bukan ada qualification dalam seni muzik, nak komen lebih-lebih. 
Tunggu la kot-kot lepas abis PhD ni, aku rajin nak buat second PhD in Music pulak ke...boleh la sembang kencang sikit. Bahahahahaha.

p/s: 
Sumber gambar adalah drp blog hiburan, macam kat watermarks tu la.


Etiquette tips for mak budak dan bapak budak

$
0
0
"Ooo..kalau tadi tu no manners, yang ni 'YES MANNERS LA KAN, PAPA?" 
Hahaha. Comel je Iman (anak menakan aku) dengan naive nya tanya papa dia, masa kecik dulu.

Sibuk je kita sebagai mak bapak ngajar manners kat anak-anak, kadang-kadang kita sendiri lupa manners dan etiquette bila dah jadi parents ni. 

Antara alasan fofular kita.... 
  1. Sebab busy/ banyak benda nak pikir
  2. Sebab stress 
  3. Sebab memang dasar plain ignorant

 Nah... ni aku compile etiquette (sesama parents) yang perlu kita ikut bila dah jadi mak budak or bapak budak. 

 

Jangan la asyik anak diaaaaa je -______-


Anak saya dah khatam Quran sejak umur 2 tahun. Sejuk perut mengandung. Mesti besar nanti jadi jutawan pulak. Tapi dia tak pernah cerita kat orang pasal kelebihan dia takut orang dengki nanti, santau pulak.

Tu la, anak saya pun hebat baq hang! Dah la boleh berjalan atas air dan ada lesen pilot walaupun baru umur 7bulan. Tapi dia tak bagitau kawan-kawan dia, sebab takut diorang semua nak free rides.


Bila bersembang dengan mak bapak lain, jangan le SS sangat. Asyik cerita pasal anak sendiri je. Duh! Macam kau sorang je ada anak. Huh! Dasar attention-seeker!
Sesekali tanya la jugak pasal anak diorang, baru la nampak caring!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Sounds familiar? Hahaha

Meluat gak kalau semua anak dia je hebat. Sembang kencang sangat, sampai KLCC pun boleh goyang. Grrr....
Aku selalu ingat this rule masa gathering, supaya orang tak bagi first bad impression masa mula-mula kenal. Hahaha

Kalau dengan orang yang belum ada anak, agak-agak la sembang tu

Sikit-sikit, sudah la. Tak semua orang yang dah kawin, tapi belum ada anak excited nak dengar kisah 1001 malam pasal anak hang sorang.
Maybe boleh buka topik lain- tentang aktiviti masa weekend ke, kat mana nak makan mee udang sedap ke, tentang tempat best nak gi travel ke. 

Pernah gak aku ngan laki aku pergi housewarming rumah si X ni. Laki dia punya la beruk kera sumbang, boleh sepatah haram tak bercakap dengan laki aku yang dok kat sebelah dia punya la lama. Walhal sama-sama ada anak.



Kalau dah blur sangat... bak kata Sudin, buat la cerita tentang ikan berlaga ke, kumbang terbang ke...



 Kalau anak kita pergi rumah orang (sleepover or playdate)...

At least, call/sms la sekali untuk check keadaan. Just as a courtesy. Takde la nampak sangat macam mengambil kesempatan pergi lambak anak kat rumah orang, dan terus senyap sampai time nak jemput balik.
Macam aku, biasanya aku whatsapp gambar dan update sikit the parents what's going on (anak-anak tengah main apa, dah tidur ke belum, dok makan apa, etc.) kalau ada yang datang playdate/sleepover.

 

Laaa... Ingatkan semua free. Eh, tak ehhh? 


Kalau ada events/activities yang kita tak sure free atau kena bayar (playgroup ke, bawa anak kita keluar jenjalan ke), just touch base beforehand. Kalau pun ada orang bayarkan, offer la kot-kot boleh chip in sikit.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
At least, kalau everything has been covered, kita boleh ucapkan terima kasih sebab ajak anak kita.

I remember at once, Maryse siap datang bawak purse lagi masa nak drop Felix kat rumah aku... tanya how much nak bayar, sebab aku bagitau dia nak bawak bebudak tu tengok movie dalam kereta aritu. Takde la aku minta dia bayar pun, bcoz aku dah bayar harga tiket tu, but it's a courtesy la kan dia tanya tu.

 

Kalau ada invitations, jangan lupa RSVP


Style orang kita, main terjah je ke majlis orang. Jarang RSVP. Kekadang tu, jemput sorang... tapi dia bawak 5,6 orang yang lain (yang kita langsung tak kenal). Gulp!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow

Bukan apa, kan elok kalau RSVP dulu... Sepertimana kita risau takut makanan tak cukup, atau terbazir sebab banyak sangat, kita takut party goodie bags tak cukup... macam tu jugak la orang lain.
So, kalau boleh, RSVP la. Senang orang nak kira siap-siap.


Read: 
RSVPRépondez s'il vous plaît a.k.a "Reply if it pleases you" or "Reply please"

 

Dan... kalau majlis tu menjemput sorang anak je, jangan le gatai menghantar se-batalion anak yang ada


Aku pernah buat birthday party untuk budak-budak sebaya Lil Adam je (yang dah boleh bawa diri sendiri) supaya aku tak terkelam-kabut top-up makanan, uruskan games.
Ada parents yang bijak, dia tak hantar pun anak dia yang sorang lagi sebab dia ingat aku cuma jemput yang sebaya Adam je.  Kesian pulak, walhal anak dia tu dah pandai bawa diri.
19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Ada yang sengal pulak... aku tak jemput si X (sebab obviously anak dia masih kecik dan clingy dengan parents), si Y pulak pegi counter check "Eh, tak dapat ke invitation daripada Is?"
What-the-fotosintesis betul la! Memang dasar Melayu betul!


Kids only or Adults only
Kalau macam birthday party budak-budak yang hanya cater untuk kids, mak bapak tak payah la bersidai kat tepi tu. Contohnya kalau buat majlis kat fast-food restaurants. 
Kan awkward?! 
Nak ajak, tak patut... sebab semua kids je dan akan incur cost. 
Tak ajak pun, ishhhh...nampak obvious sangat. Awkward la!

Aku sendiri pernah terpaksa tak pegi my friend's big day, hanya sebab konsepnya jemputan untuk 2 adults. Aku bagi alasan lain, sebab masa tu aku tak sampai hati untuk tinggal Lil Adam kat sitter/nursery hanya untuk attend majlis malam-malam. Dan aku tak sampai hati nak rosakkan majlis orang. Hehehe.
So, aku faham-faham sendiri la. Takde la pulak aku nak tanya, sebab it's just gonna put her in a bad spot kalau terpaksa jawab "Oh, sorry la, no kids allowed." atau terpaksa kata "Boleh bawa kids" (walhal anak aku sorang je nanti kat situ)

 

Sports Day, or during games on Family Day

Oh well, this surely reminds me of one of the episodes of Everybody Loves Raymond. LOL
Masa main games/sports, kita mak bapak budak ni bagi support dan encouragement je la. Jangan emo sangat, sampai ajar anak mengelat kerana nak menang. 


Kalau ikutkan, aku ni kira competitive la jugak. Apa-apa hal, nak suruh anak pulun buat the best. Tapi memang sakit hati gak la masa Sports Day awal tahun aritu, tengok ada sorang adult ni masuk dalam team budak-budak dan mengelat sebab nak bagi team dia menang. Rasa nak je tunjal-tunjal kepala dia.
Tapi terpaksa la aku berlapang dada, dan ajar anak... it's okay not to win all the time. 
That way, anak aku takde la menghentak-hentak kaki kalau dia tak menang. Lega!


Bawa keluar anak yang melalak dalam panggung wayang/ restoran

Cer fikir sikit..berapa ramai thoughful parents yang sanggup tak makan kat restoran (esp. fine dining) sebab tak nak ganggu suasana orang lain. 
Berapa ramai yang sanggup download pirated movies tengok kat rumah, semata-mata tak nak anak dia bising menjerit-jeirt dalam panggung wayang dan kacau orang lain. 
So, kalau anak kita menangis/buat bising... bawa la ke luar jap. Bila dah okay, baru bawak masuk balik.

Tapi kalau anak melalak dalam masa dalam flight, jangan le bawak keluar pulek! Hehehe.

 Key: BF moms insyaAllah takde masalah ni, sebab if anything goes wrong, sumbat!!!Kan?

Pick up after your kid at restaurants.

Pick up after your kid at restaurants.

Aku teringat cerita Acik (abang aku) masa dia keje kat Kenny Rogers dulu, ada budak dengan riangnya meng-kecai-kecaikan muffin siap tabur-tabur lagi. Dan mak bapak dah jenis tak larat nak hadap, atau memang jenis "Lantak la, nanti ada orang tolong cuci/kemas!"
Kalau agak-agak kerek sangat tak nak tolong kemaskan/ bersihkan, at least leave a big tip.  
Kalau rasa laaaagi mulia, tolong tip pelanggan-pelanggan lain yang ada kat restoran tu sekali, sebagai tanda penghargaan sebab they have to refrain themselves from melempang your no-mannered-kids.

 

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

If your kid moves stuff around at a store, put it back.

Don’t make extra work for people.
Jangan blah macam tu jer.


Sick? Stay away
Kalau anak kita tak sihat, just keep them home la. Kang bawak keluar, berjangkit pulak kat anak orang lain.
Lepas anak kita sihat, anak orang lain pulak sakit.   
Kalau orang buat macam tu kat kita, tau pulak kita hangin.


Food allergies alert

Budak-budak jaman sekarang ni ada yang ada peanut/soy/egg allergy, gluten-intolerant, lactose intolerant...blablabla. Punya la berjela-jela listnya.
So, kesian la sikit. Kalau dah tau anak kita akan makan benda-benda tu masa kawan-kawan dia ada kat keliling dia, bagi je la makanan yang not-in-the-list. Jangan la takdak akai sangat nak bekalkan nuts kalau satgi membuatkan anak orang lain tergolek dock. Bagi anak kita it is just a delicious food to eat, tapi bagi anak orang lain...antara hidup dengan mati. 
Alaa... kalau ignorant jugak, just imagine sama la macam kita rasa kembang tekak kalau kawan anak kita yang dok kat sebelah makan b*bi! Habis cerita.


Kepimpinan melalui tauladan

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Kids don't remember what we tell them to do/or not to do.
But they will remember what they see us doing.

Betul tak?


The magic words

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
Jadikan kebiasaan.
Please.
Thank you.

Jangan tanya overly personal questions


You tak nak anak lagi ke? Kan dah 8 tahun dah kawin.
Eh, you tak BF anak you? Kesian dia minum susu lembu je.

Wahhh... Joyah sangat kan?
Aku cili mulut tu kang!


WHATTT?!! PECAH?!


Biasanya orang akan berbasa-basi cakap "Alaa...budak-budak je. Takpe la."

To me, that doesn’t change the fact your kid ruined something that belong to others.

If your kid breaks something, replace it.
Kalau pun barang tu tak mahal, maybe ada sentimental value (e.g. hadiah daripada orang yang tersayang, dibeli dari tempat jauh, dibeli masa pegi honeymoon, etc.). So, respect la sikit.

Ada sesetengah mak bapak yang jenis buat bodo je. Pinggan kat rumah aku pernah pecah masa ada ramai orang datang. Si anak pecahkan, dan si mak... sampai sekarang buat derk saja! Hoihhh... Pinggan Corelle kot. 
Takpe..takpe...ni aku tujukan pantun ni kat mak bapak budak tu...
Pecah kaca, pecah gelas,
Dah pecah, kalau hang tak ganti, nanti aku balas!


Stay calm bila orang komen pasal anak kita

Forever terpasak kat kepala aku ni... masa sorang makcik ni buat remarks pasal anak aku.
Puncanya, I lost my temper masa Lil Adam terbalikkan easel kat rumah orang. Silap aku jugak la, memang nobody's hurt dan barang pun takde la 100% damaged, tapi sebab aku tak nak orang anggap aku tak larang anak aku, so aku pun marah la.
But oiiii... that doesn't give her a permit to say "Kalau anak-anak nakal macam ni... baca ayat (surah blablabla...)"
C'mon la makcik. Kau tu dah tahap makcik, takkan fail sangat nak guna terms "aktif" atau "hyper" atau "ligat" supaya tak obvious sangat!

19 Simple Rules Of Etiquette All Parents Should Follow
But the key to this situation is to stay calm.
Aku pun tak tau camna aku boleh calm masa tu. 
Kalau ikut baran aku ni, memang time tu aku dah sound balik "Makcik confirm ke nanti cucu-cucu makcik tak nakal? Tu pun kalau anak menantu makcik tak mandul kan?"



Evil gila kan? Takpe... kita tunggu dan lihat je nanti.
Bahahaha

Sekian sahaja guide untuk mak bapak sekalian, dengan ucapan... janganlah jadi mak bapak yang buta perut (walaupun aku tau perut memang takde mata)


Strayyyyyya! Good onion, myte!

$
0
0

Straya Day! Oi! Oi! Oi!
Hoyeah!!! Long weekend! (Aussies ni, pantang ada extra cuti sehari je dah kecoh panggil long weekend, walhal takde la long sangat pun!).

I have had a crush on Aussie blokes since I stepped my feet here in 2005.
So walaupun aku tak jadi buat PhD kat US, kensel nak ber-supervisorkan jejaka KPop di Korea, dan masih cannot get over my love for Brisbane... at least aku masih kat DownUnder ni. So, boleh la perasan Aussie, happy-happy sambut Australia Day arini...

Alaaa...bukannya kena ada rupa Nicole Kidman ke...Delta Goodrem ke untuk celebrate Australia Day kan? Anggap je la aku ni Aussie walaupun skin tone macam suntanned au natural. Hihihi.




So, in conjunction with the event, let's talk Aussie-ish stuff arini.


Well, do you know?




And Australian greetings:


Soalan ni memang hamsap, sebab until today aku teragak-agak, diorang ni expect aku jawab ke x?
LOL

Tu belum kira lagi dengan accent pekat melantun-lantun yang kekadang aku tak paham. Nasib baik kat ofis/lab aku English diorang tu standard.
Kalau tidak, mau aku main sengih gelak-gelak je bila ditanya soalan, macam jadi kat aku ngan Fiza masa bersembang dengan Bray dulu. Hahaha


Diorang punya lingo ni melarat-larat sampai ke proverb.

And important proverbs:

Mamf*s aku nak  paham.
Kalau orang Malaysia, senang je.... "Buat U-turn la! U-turn"
Kehkehkeh.

Jalanraya kat sini, mana boleh speed laju-laju. Most roads mmg max 60km/h. Memang mula-mula sampai dulu, susah sangat nak control. Lama-lama dah terbiasa. Kawan-kawan yang dah back for good (atau yang balik bercuti jap kat Msia), mesti cerita diorang kena hon sebab drive macam siput vavi.

Tapi, sejak aku dah 'Australianised' sikit ni.... aku dah relax time driving. Siap malas press pedal minyak lagi. Hahaha.

Lagipun, kat sini, ramai orang insaf kot dengan iklan tentang safe driving. Tak main subtle punya...
SPEEDING, NO ONE THINKS BIG OF YOU.

Haaa..amekkaw!


Sebenarnya ada satu stress kalo dok Aussie ni...sebab most people around the world are experiencing  the opposite season. Bayangkan je la, orang kat Northern Hemisphere (Europe, US, etc) dok cerita pasal white Christmas, kitorang menggelupur tengah summer.
Orang cerita pasal snowman, kitorang buat sandman je la kat beach.

On the Westerosi words of Australia:


Tapi agak lawak bila tengok masa winter (kat Brisbane especially), Aussies pakai bermuda shorts ngan T-shirts je, dan aku menggigil-gigil. Nak pakai coat tebal-tebal kang, orang pandang semacam. Tak pakai tebal, sejuk la pulak.
Kat Adelaide ni kira okay la nak pakai jaket bulu-bulu pun, sebab confirm sejuk daripada Brisbane. Heh. Tu yang aku suka tu. Nak nak pulak bila boleh melaram dengan boots. Hehehe.

And how Australians cope:
Kat ofis sekarang, mujur jugak la area aku tu ada Ganyk je. So, he understands well bila aku sejuk, off la aircond. Lagipun, aku dah standby heater kat bawah meja.

Agak stress jugak bila orang-orang kat Europe/US dok sembang kencang pasal nak baring-baring atas beds of yellow/orange leaves masa autumn, kitorang maybe tengah panas. Cuma tak sampai la tahap heatstroke.
Recently, kecoh pasal Pumpkin Spice Latte... and Aussie be like..... errr...BIG QUESTION MARKS atas kepala.

And Pumpkin Spice Lattes:

Nasib baik jugak la summer tahun ni sangaaaaat mild. So far la. Lagi sebulan nak abis summer ni, harap-harap takkan jejak lebih daripada 35'C.
In fact time menaip ni pun, aku siap pakai jumper ngan socks. Kalau last year, sampai 44'C. Jangankan socks, kalau boleh, benang seurat pun taknak pakai! Huahuahua.



Dan bila dah away from Malaysia, of course la internet je yang mudah untuk update apa-apa.
Termasuk la untuk tengok video kat YouTube. Tengok Maharaja Lawak ke... (drama-drama aku tak layan)... lagu-lagu yangorang dok share kat FB ke...

Tapi, mak stress noks...bila....

On the internet:
Grrrr... hampagas!!!
Macam la Aussie ni remote sangat!


Pasal makanan pulak, aku pernah confuse silap sebut masa nak order.... fries.
Eh, fries?


On culture clashes:
Lepas insiden yang membuatkan kemaluan aku membesar itu, masa queue je, aku akan tengok menu untuk recall balik terms apa diorang guna. Hewhewhew.

Tu belum cerita lagi pasal 'SPIDERS!'
Hang gila ka apa-- nak order spider kat counter Hungry Jacks? Dah la spiders kat Aussie ni jenis-jenis yang sekali gigit, confirm pengsan atau mati.

On spiders:
Of course la kita terbiasa dengan 'float'. Tapi kang kalau order float, jadi macam kes fries/ chips tadi pulak.


And Wagon Wheels... in which, masa Maryse sebut Felix nak makan ni, aku ter-blur kejap.
Felix nak makan wagon wheels? Biar betul.

Then lamaaa lepas tu, baru la aku tau...

Why on earth would they name it something like that. Aiyaaa!


Aussies are bad at naming the food/ candies, I suppose.
Main hentam je... memang dah gaya macam street names for drugs pulak.
And what the world is missing:

Dan yang ni...is called the FAIRY BREAD ye kawan-kawan.
*rolled eyes*
Roti sapu butter, tabur sprinkles. Hahaha.
Pun bolehhhh... janji aku dah dapat idea untuk bekal kat Lil Adib untuk kindy nanti.



Selain yummy food, Aussies jugak ada yummy blokes. The home too People’s Sexiest Man Alive gittew. Tapi, aku tak refer kepada pakcik Hemsworth ni, I'm referring to my Alex O'Loughlin. Heh. 

On being home to People's Sexiest Man Alive:
Dalam MKR aritu, kecoh pasal ada 'Thor'.... hehehe.



Ni memang cousin yang hamsap. LOL!


Tapi, aku pun nak tayang gak la gambar masa aku dating dengan sorang lagi hot Aussie hunk. Eric Bana. Homaiiii!!!

Kasi chance la ye.
Ni belum lagi dengan Alex O'Loughlin. Kalau tidak, confirm menanah la bijik mata korang aku layur-layur gambar kat sini. Hewhewhew.


Geography-wise, aku rasa nama-nama tempat kat Aussie ni, yang inspired by aborigines especially... bunyi sangat lawak dan bizarre.
Toowong, Mittagong, Molong, Grong Grong, Wollongong,  Geelong, Kurrajong, Mullumbimby,Goondiwindi, Coolangatta, Cabramatta, Parramatta, Wangaratta, ---what's the matta?!?

On place names:

Jangan tak tau... aku tak jadi ke Wollongong walaupun aku tau ada otai bidang aku kat situ, sebab aku rasa lawak. Okay, lame excuse.
Eh, tak jugak la... sebab I was told bidang aku ni the best is kat Adelaide. Hehehe
(Abang angkat aku grad dari situ wehhh, dah jadi dekan pun kat UIA. Ampun, Abang Didie!) 


 Politic-wise.... standard la kan.... kat mana-mana pun, ada je orang tak suka politicians. Harharhar.


On Tony Abbott's mates:
Awkward ehhh.




On #AusPol:


And Australian birdlife:
So true!




And dinner guests:



Anyway, kalau ada yang nak kondem aku sebab puji Aussie melambung sangat ala-ala lupa diri, lupakan je la niat tu. Hahaha.
Aku nak menuntut ilmu this Aussie winning attitude daripada Steven Bradbury nih.... Whatever will be, janji menang!

On Australia's #winning attitude:

Kwang kwang kwanggggg

Last but not least, have fun listening to this song..... STRAYYYYYA!!! (inspired by Hey Ya- Outkast).



My country don't share no borders
'Cos of all the waters that surround our land
Thank god for our resources
'Cos they are the sources of our wealthy land
Don't try to find the capital
Or fight the animals
You're on your own
Just drive from town to paradise
And you'll see why we call Australia home

Straya
Straya
Straya
Straya

You think you've got it
Oh you think you've got it
But have you got a rock where there is nothing at all
We get together
Oh we get together
The weather's always better when there's cricket involved
And we believe that mateship is forever
We're all mates, we're all mates, we're all mates
We're all mates, we're all mates
And we're multicultural
So why ya why ya
Why ya why ya why ya
Not living in Australia when you know we are so happy here

Straya
Straya
Straya
Straya

Alright now fellas
Yeah!
Now what's cooler than a big cold beer?
Ice cold!

Shake it [x9]
Shake it like a polaroid picture
Shake it [x9]
Shake it like a polaroid picture

Straya
Straya
Straya
Straya

Feeling mak-mak

$
0
0
Hari ni aku feeling ala mak-mak sikit. Acecece...nak jugak letak 'ala', walhal dah confirm la aku ni mak budak. 
Takpe... yang penting, jangan kelihatan macam makcik-makcik kalau baru berumur 25 tahun macam aku. Hewhewhew.

Today's Adib's first day at kindy. 
Standard la mak-mak... mesti risau terlebih, walaupun aritu dah pegi orientasi dua kali aritu.

So, pagi ni...my main concern was untuk sediakan lunch box ngan snack box.
Walaupun Lil Adib is not a picky eater macam Lil Adam, but he's a big eater (macam Mama dia la kan?!). Jadi, aku kena make sure makanan cukup dan yang dia tak kisah makan, sebab kadang-kadang je dia fussy.

Aku buatkan his favourite bread and honey, telur rebus sebijik, crackers ngan grapes.

Ini pun jenuh aku cari bekas yang senang nak bukak. Kalau tidak, nanti tak pasal-pasal terpelanting dan tergolek makanan anak aku atas tanah kang. Siap practise suruh dia buka sebelum pegi sekolah. Huhuhu.

Sumbat semua dengan water bottle sekali dalam lunch bag Angry Birds...dan bubuh dalam bagpack Octonauts pulak. 

Lunchbox dah siap... aku masuk bilik, Lil Adib dok tido lagi. 
Haihhh... Ni la susahnya bila summer. Malam-malam aku tido lambat sebab tunggu Isyak masuk lambat (around 10pm), dia pun berjaga jugak. Selagi aku tak masuk tido, takdenye dia nak tido... sebab nak tummy time (laga perut) kekdahnya.


Siap mandi, pakai baju... kita amik gambar dulu depan rumah sebelum masuk kereta. Hehe.
Dasar mak blogger!

Dropped Lil Adam dulu...
*I love the blue sky!

Lil Adib sampai depan sekolah pun, dok pegang lagi roti kat tangan.
Hahaha.


Belajar gantung sendiri bagpack kat hook.
Kena la pandai baca nama sendiri kat label tu.


Lunch simpan kat dalam. Snack letak dalam bag kat luar.
Ni semua gara-gara takut ada budak habiskan makanan sebelum time makan. Hahaha. Lawak okehhh.

Welcome everybody!!!

Masuk-masuk je, lepas register nama, Lil Adib terus join kengkawan baru main jelly crystals.
Aku risau gak kalau ada yang tertelan. Tapi err...maybe aku je over-conscious kot.

 

Other sections...

Sempena nak dekat Chinese New Year ni, siap ada setting ala Chinese Restaurant gittew. Tapi takde pulak nampak itik gantung.
Kalau tidak, nak gak aku tapao sebungkus. Ngehngehngeh.
 


Then, Lil Adib buat painting pulak.

Semangat kemain lagi pilih kaler. Topi tak lepas, walhal topi tu wajib pakai masa nak main kat luar time rehat je.


After a while berlegar-legar kat situ (sebelum learning session started), aku pun hug Lil Adib.
Sob sob... T_______________T

Anak mama dah sekolah. Will he be okay on his own?
Huhuhu.
Tu belum lagi Lil Adib nak kawen, baru masuk kindy, Mama dah emo.


Cis...muka tak nampak sedih pun.
Hahaha. Selfie wehh..takkan nak buat muka sedih pulak. Lame sangat!

Semoga Allah lindungi Sayang Mama.
Dan semoga Lil Adib enjoy belajar macam Mama masa kecik dulu.
Nanti pukul 3, Ayah amik ekkk.



Let's wiggle!

$
0
0
Kat Adelaide ni selalu gak ada artis datang buat concert.
Mariah Carey la, Justin Timberlake la, Maher Zain la...Yuna pun ada datang masa Oz Asia Festival.

Mula-mula, ingat nak pegi jugak tengok Maher Zain. Tapi kang tetiba aku menjerit "Anuar Zennnnn!!!"
Harus la tetiba....
*krikkk krikkk krikkk krikkk*
  1. Dah la konsert amal ala-ala lindungan Kaabah gitu kan, semua orang duduk elok-elok kat seats, tetiba je ada sorang pompuan menjerit.
  2. Sah-sah la Maher Zain tu tak sama dengan Anuar Zain. Konpem muka aku masuk 'Today Tonight'. Bahahahaha

Biasanya kat Adelaide ni diorang buat concert kat Adelaide Entertainment Centre la.
So, eventually aritu, aku pun dah jejakkan kaki pegi konsert kat situ. Since the venue is not far from my office, kitorang park dekat-dekat dengan office dan naik tram je (satu stop je pun).


Konsert apa?
Heh.



Adelaide Entertainment Centre---yang baru first time aku jejak

Cer teka... cer teka...



Ibu mithali sangat aku, kan?
Siap bawak anak gi konsert.


Ta-daaaa!!!!

Sayang pulak tak dapat snap gambar budak-budak yang dressed up as The Wiggles characters. Kang orang kata aku paedophile pulak. Leceh betul.


Wahahahaa... konsert The Wiggles la.
Aku pun suka The Wiggles ni (berbanding Hi-5), sebab asal-asalnya band diorang was made up of bapak-bapak budak.



So, korang bayangkan la bapak-bapak budak menyanyi dan menari. Kalau Hi-5 tu, standard la kan budak muda terkinja-kinja. Tapi ni dah la lelaki, tahap bapak-bapak 40-an gitu. Fun kan?

Sekarang ni, 3 daripada 4 orang Wiggles dah muka baru, tapi aku layankan je la, sebab Lil Adib suka. Kira a treat for his birthday la kononnya.


Punya la ramai peminat Wiggles ni, sampaikan masa aku nak book tiket tu (6 mths earlier or so), cuma tinggal seats yang jauh-jauh je.
Tapi, nasib baik aku dapat beli tiket daripada orang yang terpaksa jual tiket dia. So, merasa la duduk kat 'Hot Potato' seat, dengan harga yang murah. Hehehe.



The stage


The crowd.
Seats yang lompong-lompong tu adalah sebabada parents kena bangun menari dengan anak (sambil dukung)...


Emma going around to greet the audience.

Semua lagu-lagu favourite Adib diorang nyanyi, termasuk la Rocka Bye A Bear.

Time nyanyi Twinkle-twinkle Little Star, semua orang disuruh pasang torch kat henpon. Teringat pulak masa gi konsert Black Eyed Peas dulu.
orang jaman sekarang dah tak main lambai-lambai dengan lighter dah.



The Wiggles in action!

Konsert tu ada la dalam sejam lebih.
Not bad. Especially untuk aku yang dapat masuk bertiga dengan 2 tiket saja. Hahaha.


Banyaknya belon Dorothy the Dinosaur!


Nasib baik Lil Adam dan Lil Adib tak pernah kikis kitorang, minta belikan merchandise tu semua. Aku bawakkan Hot Potato yang boleh menyanyi tu (refer gambar masa awal-awal tadi) pun dah cukup happy dah diorang.
Baik anak-anak mama. Boleh mama guna duit tu nak shopping barang mama pulak.


Tak lama lagi ada The Veronicas, Foo Fighters, Sam Smith, Paloma Faith, Ed Sheeran pulak nak datang Adelaide Entertainment Centre.

Tapi..hmmm... aku tak pegi la kot.
Kalau Maroon 5 datang, nak gak aku pegi. Sebab concert diorang aritu dah pernah cancel. Mana la tau kan, kot-kot Adam Levine nak datang balik cari aku ke. Eh.

Aku dan Latuk Jackie

$
0
0

Kecoh je semua orang cerita pasal Jackie Chan dapat title Datuk.
Nah, aku pun nak jugakkkkk.



We Asians, as Westerners always say...."see little." (sebab mata sepet)
LOL.

Not a threenager anymore

$
0
0
Tick-tock-tick-tock.
Time flies.

Tomeyto. 
BearBear.
BabyBear.
TeddyBear.
Manja Mama.



Kalau tanya "Who is BearBear/TeddyBear/Manja Mama?"
He knows it all refers to him.


Rasanya Lil Adam dulu tak le manja macam ni sangat.
Nak kata aku dah lupa camna manjanya Lil Adam dulu, tak jugak. Sebab MrHubby pun cakap macam tu.


Anyway, Lil Adib is not a threenager anymore.
He turned 4 end of the year aritu.
Sejenuh-jenuh aku nak tunggu dia beralih umur tiap-tiap tahun, jenuh lagi aku nak admit dia dah besar.
Kalau ada adik nanti, mesti hilang manja dia nanti. Huhuhu
#penyakitmakmak


Lepas nyanyi lagu birthday, dia terus pegi kitchen ambik bowl.
Kalau dengan kek, memang laju!

 Err..Lil Adam ni nak tunjuk brotherly love ke, nak cekik adik dia?



How old are you now?!???

Lil Adam (tolong jawabkan): Four!
Lil Adib (confused): Four! (tapi tunjuk 5 jari)
-____-


Mumbling his wishes.


Hmmm...I'm gonna cut this cake.

Wait...is this sharp enough?


 Nyammmmm...
"It's tasty, Mama!"


Biasanya birthday anak, aku prepare awal giler.
Kali ni, tak tau la nak kata aku busy ke hapa... barang dah ada la sikit-sikit.
Tapi, aku buat derk je tak prepare apa-apa.

In fact, lepas birthday dia tu, baru la aku terhegeh-hegeh buat pinata untuk birthday party dia.


Tu pun setelah dihasut oleh Anep dengan ayat "Haiii...takkan takde pinata kot? Koman-koman kena buat dua!"

Cisss... hampagas betul.
Ni perli ni, sebab masa birthday Lil Adam aritu, aku buat dua pinata la (treasure chest). Sebab tak puas hati yang first tu kecik sangat nak sumbat lollies, aku buat yang kedua.


 Ta-daaa!!!!

 Korang tau pinata ni bentuk apa?
Cer teka!

Karaoke- apa yang best, tak best?

$
0
0
Lepas sorang, sorang. Kalau hari tu Saz, kali ni dengan kembalinya Shifa ke pangkal jalan Malaysia for good last week, maka berkurang la sorang lagi geng aku untuk men'torture vocal chord'.
Haishhh...susah la macam ni. Kalau Adelaide panas macam dua hari lepas sampai cecah 38'C, terpaksa la harapkan suara aku je untuk panggil hujan.


Karaoke.
Ka-ree'ow-kee, atau 'kariyoki' je la, walaupun bunyi macam kejadah apa kena-mengena dengan kari pulak? Tau la rindu kat kari mamak Shaaz TTDI Jaya. Muehehehe.
Nak senang, aku sebut 'karok' je. Baru la urban sikit. 
Heh.

That's one of my pastime (gicchew!) untuk destress sambil buat PhD ni.
Nak pulak kalau tension lepas meeting dengan SV, memang sesuwei la sangat.


Aku tau, ada orang pandang slack kalau dengar orang pergi karaoke.
Almaklumlah..kat Malaysia, namanya Pusat Hiburan Keluarga dan Karaoke. Orang tak nampak perkataan keluarga, orang nampak hiburan je.

Pernah sorang hamba Allah ni datang rumah aku, tapi kitorang lambat buka pintu, sebab kuat sangat volume TV tu (tengah tengok movie apa ntah). Bila buka pintu, dia tanya "Tengah karaoke ke?" (ala-ala cynical gitu). 
Mujur laki aku yang buka pintu, so laki aku sengih-sengih je. 
Kalau aku, mau aku 'basuh' pulak dia "A'ah.. tengah 'karaoke' dengan laki aku?"sambil buat tangan buat 'air quote' dan muka buat smug face.
Kahkahkah.

Aku tau, maybe sebab orang lindungan Kaabah tak pernah jejak kaki ke situ, so diorang bayangkan karaoke tu ala-ala tempat dangdut ke serve liquor ke, hapa gamaknya. 
Alaa... aku pun dulu judgmental jugak. Tempat pool/snooker, pub dining pun aku rasa macam "Homaiiii.... tempat apakah ini?"
Tapi bila aku experience sendiri, memang takde menda pun.

Actually, agak lambat aku mula kenal karaoke ni. Masa tunggu SPM kot, kalau tak silap. 
Time tu, kat BM ada dua je tempat karok. Satu kat belakang deret Maybank (sekarang dah jadi area Bandar PERDA), satu lagi tang mana ntah. 

Masa tu, aku pegi dengan kawan aku, Bid.  
Karaoke jaman tu memang old fashion. Kena pilih lagu siap-siap sebelum masuk ke bilik. Buka buku/file yang ada list nama lagu/artis... tulis kod, dan masuk melalak. 
Giler punya old skool ahhh. Aku rasa jaman sekarang, kalau pakai buku lagi.. mesti tebal nak mamf.



Bid ni suara sedap. So, dia je la yang nyanyi. Aku terkulat-kulat je walaupun berkali-kali disuruh nyanyi. Sebab aku tau, kalau aku nyanyi, confirm BM akan banjir. Almaklumlah, dah sama taraf macam katak panggil hujan.

Okay.
Antara benda best dan tak best yang aku perasan dalam karaoke ni adalah.....

Malu

Aku mungkin tak nampak pemalu sangat, tapi sebenarnya aku ada kemaluan asal-usul aku berkecimpung dalam bidang seni suara ni (Acecece!!), itu la hakikatnya. 
Dulu-dulu, aku boleh ikut orang pegi karaoke, tapi sepanjang 2,3 jam tu.. satu lagu pun aku tak sumbangkan. 
Sebab suara aku dah sedia sumbang. Hahaha.

Tapi kalau untuk kawan-kawan yang malu, aku bagi tips ni...
Korang pilihkan lagu yang agak-agak senang dia nak nyanyi. Yang dia suka, atau dia tau lirik. Contoh strategi yang aku amalkan masa awal-awal nak hasut MrHubby ber-karok dulu, aku pilihkan lagu AXL'S atau lagu Cinta Pantai Merdeka yang meleret-leret jiwang tu.

Nasib baik karok kat Adelaide ni takde banyak lagu baru. Kalau tidak, confirm aku dah pilih lagu-lagu yang selalu aku nyanyi dengan MrHubby dalam kereta sambil terkekeh-kekeh, macam lagu "Tapi sayyyiaaangggg..."   tu.


Fine. Lagu tu bukan la baru sangat pun.. LOL


Suara katak

Memang orang kata "Alaaa...karaoke ni untuk suka-suka je. Tak payah suara sedap!"
Memang pun. Sebab tu la ada calon-calon AF yang tak sedar diri pergi audition dan buat statement "Saya datang audition sebab kawan-kawan cakap suara saya macam Jamal Abdillah!"
Kahkahkah. 
Confirm kawan kau nak mendajal kau, dik!


Pernah aku keluar (in group) dengan sorang personaliti TV ni , tapi setiap kali aku diacu mic je, aku rasa macam "Habis la.. confirm aku akan memalukan diri sendiri!" so, aku tak pernah nyanyi depan dia.
Harus la kan. Dia presenter, suara dah tentu sedap.
Suara aku ni? Kalau bagi lecture dalam hall pun, aku pernah cakap kat students "I'm sorry you have to listen to my voice in the next two hours (or so), because I myself don't like my voice with mic, especially!!"

Tapi ada sekali tu je, kawan dia pilih lagu duet, so aku beranikan diri menyanyi jugak. First time la kiranya. 
Si presenter ni tak puas hati, terus bebel... "Selama ni aku suruh dia nyanyi, tak pernah pun dia nyanyi. Tetiba dengan kau, dia nak pulak!"

Tu la..the key is - pilihkan la lagu yang tak menyerlahkan ke-kodok-an suara anda!



Video clips macam ^$#*!(^&#@

Aku mungkin tak reti bab-bab seni macam ni, tapi kalau model tu muka pun tak berapa nak segak dengan baju ala Bangla, takat adegan kejar-mengejar pasangan bercinta, tadah muka dari start sampai habis lagu.. Alahaiiii... penat mak, noks! 

Paling tak boleh blah, aku pernah tengok video clip lagu apa ntah, sepanjang 5 minit lagu tu, si pompuan model (model ke?) cuma tadah muka sambil pegang air singgit segelas macam beli kat pasar malam tu. 
Dasar bajet murahan! 
Tapi kira nasib baik jugak la dia tak beli yang bungkus plastik, ikat tepi. Hahaha.
Kalau aku ingat tajuk lagu tu, confirm aku tempek kat sini.

Video clips yang selenga macam tu biasanya jadi bahan aku ngan kengkawan, sambil nyanyi sambil kutuk.
Contoh kutukan "Patut la awek dia cari orang lain. Dia tak hensem rupanya! Hahahaha."

Biasanya bila pilih lagu, aku dan kawan-kawan aku suka video clips original artist tu sendiri. Baru la feel sikit.
Boleh perasan suara macam artis tu, walaupun hakikatnya, guruh dah start berdentum, tanda hujan nak turun.

Dia laaaagi!

Aku tak pasti dengan kaki karok lain, tapi biasanya dalam ramai-ramai tu, akan ada sorang yang ala-ala ada Super-Glue kat tangan dia, melekat kat mic. Dia soranggggg je nak nyanyi.

Kalau suara tu suara emas, macam Hazreel, aku tak kisah la. Tapi kalau dapat yang ala-ala pitching ke laut, tempo ke mana... aduiii.... derita batin aku nak tunggu 5 minit berakhir!

BTW, Hazreel ni... kalau dia menyanyi certain lagu yang aku suka, aku feel sangat. I mean, bukan je tak sakit telinga, malah aku menanti-nanti nak dengar.

Dalam geng karok aku, jarangla aku jumpa orang SS macam ni. Kalau ada, dah tentu that would be the first and the last time aku karok sama-sama.




Lil Adib ada jugak gaya kalau pegang mic tak nak lepas.
-_____-
Tapi apakan daya... aku kena la pujuk baik-baik supaya dapat nyanyi jugak. Huhuhu



Lagu cari makan

Setiap penyanyi (read: singer-wannabe), mesti ada lagu cari makan, a.k.a. lagu yang konon paling-ngam-dengan-suara dia.

Untuk Lil Adam, lagu dia gak limited la.
Satu, sebab dia cuma tau lagu English je.
Dua, sebab dia nak lagu-lagu baru je. Alaa..baru hidup 7 tahun lebih, berapa banyak lagu je yang dia pernah dengar kat radio kan? Tapi dia suka nyanyi lagu 'Perhaps, Perhaps, Perhaps' dengan aku.


Untuk aku, lagu cari makan... standard la. Mesti lagu jantan. 

Tapi tak syok la jugak kalau 10 kali pegi karok dengan kawan yang sama, 11 kali dia nyanyi lagu tu. Macam la takde lagu lain. 
Selalunya aku try avoid lagu yang sama, unless kalau aku pergi dengan group kawan yang lain.

Masalah besar kat sini adalah..kalau aku pilih lagu X, kawan aku kata "Lagu apa ni weh? Tak pernah dengar pun!"
Lagi hamsap kalau dia kata"Ni lagu zaman kau ni, aku tak lahir lagi." 
Walhal aku punya range lagu start dari zaman pop ye-ye dan Engelbert Humperdinck, sampaaai la ke lagu-lagu jaman sekarang (walaupun tak semua lagu baru ni kena dengan jiwa aku).
Aku rasa kawan aku tu masa kecik-kecik dulu, dia dengar lagu Enjit-enjit Semut dengan Tepuk Amai-Amai je kot.


So demi mengelakkan telinga menanah dengan statement kawan-kawan, pemilihan lagu mesti dibuat berdasarkan era kawan-kawan karok juga. 
Contohnya, kalau aku pegi dengan students, aku pilih la lagu-lagu 1990's onwards. Tak la nampak ancient sangat! Hewhewhew.
Kalau pergi dengan yang berumur sikit, baru layan Frank Sinatra, the Beatles and such.


Lagu ice-breaker

Karok takkan jadi fun kalau asyik layan lagu putus cinta meleweh-leweh.
Aku pernah keluar dengan dua orang kawan yang asyik layan feeling dengan lagu Ungu. Hadoiyaiii! Letih mak!

So, biasanya kena la pilih lagu yang fast beat dan happy sikit untuk betul-betul 'have fun'. Contohnya, macam lagu Happy (Pharrell Williams) ke... lagu Senggol-senggolan Cubit-Cubitan ke.
♫ ♪ Ek-akkk-ek-akkk..  Ek-akkk-ek-akkk.. ♫ ♪

Haaa..mic tu jangan lupa pegang ala-ala Mas Idayu.
Bahahaha


Nyanyi berjemaah

Dah kata karaoke untuk berhibur, apa barang syok sendiri nyanyi sensorang?
Fine, of course la ada nyanyi lagu solo. Tapi aku suka nyanyi berduet atau ramai-ramai.

Kadang-kadang bukan lagu duet pun, tapi saja nyanyi sorang serangkap. Baru la tak SS.

Biasanya kalau karok dengan kawan-kawan pompuan, dan pilih lagu duet...dah tak payah tanya dah sapa ambik verse mana.
Automatic aku akan nyanyi verse lelaki, dek kerana suara base aku. Hahaha.
Maka, aku la Marc Anthony (vs Tina Arena), aku la Peabo Bryson (vs Regina Belle), aku la Jamal Abdillah (vs Amelina or Sarah), aku la Ezad (vs Eva), so on and so forth.

Tapi bila kena duet dengan lelaki,confirm la aku kena nyanyi bahagian suara pompuan. Itu memang mencabar. Mencabar keperempuanan I! Hahaha
Dan ada la yang kata"Eh... ada suara perempuan rupanya!".
Siot jer!
Well, that's what real friends do kan? Insult each other.

Selain lagu-lagu duet jaman moden, aku rajin gak pilih lagu-lagu lama untuk ajak kawan-kawan nyanyi sama. Contohnya lagu Budi Setahun Segunung Intan ni...
Boleh la sambil berjoget-joget macam penari-penari tu.

Hahaha.
Very the Ahmad Jais kan? 


Masalah nyanyi berjemaah ni adalah bila sorang pilih lagu, sorang lagi cakap "Aku tak pernah dengar pun lagu ni!"
Grrrr... 



Alamak! Camna nak nyanyi lagu ni?

Yang ni selalu gak jadi kat aku. Lagu yang biasa aku dengar kat radio, siap sing along... tiba time nak karoks, aku jadi clueless, walaupun dah siap ada lirik bagai.

Masa tu, either kau pass je mic kat kawan-kawan... atau kau stop je la lagu tu, move to the next one. 
Ngehehe

Lagu penutup

Kalau tadi aku dah sebut pasal lagu ice breaker, ni lagu penutup pulak. 

Lagu penutup mestilah pilih satu lagu yang rancak dan catchy, in which korang akan sambung humming lagu tu walaupun dah menapak keluar dari pusat karaoke.

Contohnya macam Joget Kenangan Manis (Sudirman) ke... This Love (Maroon 5) ke... Sedang Ingin Bercinta (Dewa) ke....
Kalau pilih lagu lembik meleweh-leweh, takkan korang nak lagu tu terngiang-ngiang sampai abis karaoke kan? Mood spoiler lah!


Well, demikian sahaja rambling aku pasal karaoke.
Apa yang korang suka dan tak suka pasal karaoke? Cer citer sikit.


TT- Throwback 10yrs ago

$
0
0
Aritu masa kat Canberra, aku belek-belek postcards kat kedai souvenirs... terjumpa postcard ni.
Terus aku tunjuk kat MrHubby... "Ingat tak?"
"Mesti la ingat."

This postcard has a very sentimental value.
It flies me back to February, 10 yrs ago. 


Of all the postcards, I chose this one to be sent to Mr-Boyfriend.
The first postcard sent from Brisbane to his office.

Deliberately.
Saja tak hantar surat (which could be more private), dan saja tak hantar postcard biasa.
Okay...ada keji sikit di situ.... 
But that's all I could think of, untuk announce secara subtle (and a way of saying 'no' to the other person). Mihmihmih.

Adib's 4th birthday bash

$
0
0

Birthday masa summer ni... kalau nak celebrate, kena consider several things.
  1. Kena rajin belek BOM (Bureau of Meteorology) punya weather forecast, close to the date. Kalau heatwaves, memang berakal.
  2. Kena fikir makanan yang senang masak, senang nak transport, dan susah nak rosak dalam cuaca panas
  3. Kena consider venue yang sesuai untuk anak-anak dan mak-bapak chill out.


Untuk birthday Lil Adib aritu, kitorang decide buat kat pool.
Senang cerita. Kids entertain themselves, and grown-ups boleh sembang-sembang.




It was just a small party, senang nak catch up. Better that way, I suppose. Takde yang rasa *cough cough* 'terabai', especially kalau jenis yang tak reti mingle dengan orang baru kenal.

We had Rudi/Maryse and the kids, who still had jetlag, baru balik dari Germany.


Phu/Wen... See Yee


Yatie/Khairul's adorable Harith and Adam.

Mak bapak isi tangki... anak-anak terjun kolam!
Win!


Most of the kids sampai je, terus terpa masuk ke air.
Excited nak menunggang shark.

Lil Adib pun 2X5.
Lepas tu baru teringat nak naik ke darat untuk makan.







Lil Adib bersilat nak pop the bubbles from the bubble machine.
Bubbles! Bubbles!

Timon is cold! :")



Haa..Yu Jie sorang je dok enjoy makan, while other kids dah basah lencun.
Bagusss... makan banyak-banyak!

The mak-mak. Titin, Shifa, Wen (eh..belum jadi mak lagi maaa)...and yours truly.

Cake time!!!
Lil Adib tak payah menangis la kali ni, sebab confirm kek dia, dia yang kena blow the candles.



Enjoying the cake!




Pinata time!
 
 

Sebab kali ni takde specific theme, so, aku buat pinata bentuk ice cream je. 
Senang!
Buat sakan-sakan sangat pun, last-last ketuk sampai berkecai jugak. Hahaha.

Then, time for goodie bags (and a windmill) for the kids.
 
My beautiful Sina :")
She knew it, I'd notice her beautiful hair bun. Siap sebelum datang party, masa Maryse buatkan hairbun tu dia dah sebut siap-siap.
 

Us with Phu and Wen, before they left the party.
Orang suruh bawak balik windmill, malu-malu pulak.

...and Uncle Anep.
Siap bersantai dengan shark lagi (dalam cubaan nak inflate the shark, supaya senang nak bawa balik).


Back home... Lil Adib was overwhelmed by the presents.
As usual, share sama-sama dengan Lil Adam.




Thank you, uncles and aunties for the presents!
Next week birthday Mama, bagi hadiah kat Mama pulak ye.
Eh.



99 months of...

$
0
0
Today is my birthday.
Yang ke-25  *muka paling konfiden*

Baru 25 ke dah 25?

When you count the days and say "Eh... BARU ___ bulan/tahun!" ---sound macam hazabun sangat.

Tapi, kalau kata "Eh...DAH ____ bulan/tahun rupanya!"-- nampak sangat punya enjoy katak sampai tak sedar masa berlalu.



Dan hari ni jugak it's been 99 months.
99 months we've been together as husband and wife.
Next month dah nak masuk 3 digits.

Alhamdulillah...
Just because some people need a few reminders that they are appreciated.... this is just a list of thank-you notes I made for my Cinta.


Thank you for all of the dorky pictures I make you take with me, and then for not complaining when I post them all over social media for every one of your friends to most likely see.




Thank you for listening to me and my occasional rants.
Being a chatterbox, this is very important to me. Pot-pet-pot-pet....ada je benda nak sembang.
When I gave the silent treatment, it did not kill you (maybe), but me instead.
Huwaaaa. So lame!


Thank you for your patience on my moody days.
Not only on PMS days, actually. Every day.
E.V.E.R.Y. S.I.N.G.L.E. D.A.Y.


Thank you for apologizing when I'm too stubborn to do so.
And I always get away with the favourite line "Dia buat tak pa la.."
Kihkihkih.


Thank you for supporting me and my dreams, and never trying to hold me back from what I want in life.
That's what mutual understanding is!



Thank you for the times you have went out of your way to do something romantic or sentimental because you knew it would mean the world to me.
Like when we missed the flight on our second honeymoon tu.
You just knew how to avoid my mood from being ruined. Ngehehe.


Thank you for taking situations that I come to you all frazzled and worked up about, and laying them out for me in this wonderful, logical, guy way that makes everything clearer.
Never once have I seen you panicked.
Cis! Tak aci betul...




Thank you for wanting to experience new things together and for expanding my horizons.
Errr...and expanding my waistline too! Ooops!


Thank you for earning my trust and never misusing it.
And that is one clear mind for me.


Thank you for bear hugs, forehead kisses, and piggy back rides.
Eh.... why arrr call piggy back?
Nanti kena samak ke? Hahaha.



Thank you for knowing when to set me straight, and for telling me when you think I'm wrong.
You don't mind vocalizing your opinions to me, and not being afraid to disagree. Walaupun agak susah ada bini yang kepala-batu-besar-ada-duduk, you still manage to do it subtly. Or we just agree to disagree.


Thank you for making me feel safe.
Kalau laki keding sangat, rasa tak secure pulak. Hehehe

Thank you for making me laugh when I need it most.
The 'godek-godek bear' and...that face...




Thank you for loving my body the way it is, for never making me feel inadequate, but rather perfect for who I am.
Alhamdulillah I never had to worry about putting on weight. Not sure if one day I reach >50 kg, I'd still feel the same. But considering he doesn't mind me having a muffin top, rasanya okay kot.


Thank you for the little things that you do, like getting the car when it's cold or rainy.
You might not be the most gentleman who open the car door for me, but not locking it when I haven't got in is good enough :-P
And for being willing to surrender the chicken drumsticks/wings I like (in your plate) to me, just bcoz I dont like chicken breasts. Penting ni woh! One of my exes was not gentleman enough to do this. LOL.


Aaaaannnnd, I still enjoy teasing you with the "Fate Bodi"phrase (read: Nasib badannnn!) we first used when I washed our BigRedCar while I was heavily pregnant of Lil Adam.
Saja buat  modal nak mengusik.


Thank you for being on my side when it feels like no one else is.
Sapa lagi la kan?


Thank you for the moments you make it clear that you are proud of me. Whether it's a big grin after I've done something impressive or the way you present me to others like royalty, it means so much to me.
And you always emphasized to the kids, to be proud of their Mama.


Thank you for every time you have to sit patiently and wait for me to get ready.
I can get ready with my make-ups on, as quick as in 10 mins (rasanya), but when I take my own sweet time, pilih-pilih baju, belek muka, mekap lama-lama... you never complained.
Except saying "Eh, dah pukul berapa ni, hari ni kan Ahad, kedai tutup awal." --- which is true.
*Nanti kita beli Strandmon wingchair untuk duduk tunggu Mama bersiap ekkk?



Thank you also for the times those attempts ended up being more comical than anything for the both of us. The fact that you try is romantic enough, and if I ended the night laughing with you, it was a perfect one regardless.
Err...like that 'Happy Anniversary' card on my birthday last year. Hihihi.





Thank you for taking time to learn about and experience the things that I enjoy.
Karaoke, is one of them. Hahaha. I know not many husbands would do the same for their wives.


Thank you for being responsible and hardworking day in and day out.
I used to have this fear tak boleh tolerate--kalau dapat laki malas/suka bangun tidur lewat/asyik main games.
And I was wrong! Phew!


Thank you for the wonderful time we spend with our families.
Walaupun terpaksa menjadi ketot sekali-sekala, like this...




Thank you for knowing what's upsetting me before I even have to say anything.
You're so good at this. You'd rather keep it and wait for the right time to discuss it. Unlike myself, meraban je...dan-dan tu jugak nak mengadu. Hehehe


Thank you for every time you had to venture into the foreign world of a jewelery store or women's clothing store to try to hunt down a gift for me.
I remember that surprise you made (konon siap berkemeja macam pegi kerja, walhal memang hari tu gigih pegi merata cari hadiah).




Thank you for sitting through countless chick flicks and girl dramas.
Layankan je la tengok Desperate Housewives tu, dan cerita-cerita lain... walaupun sambil terpaksa dengar ulasan commentator ala Hasbullah Awang.
Hehehe. (now I know mana Lil Adam dapat 'bakat' tu. Hewhewhew)


Thank you for being my number one confidant. You are my ultimate secret keeper.
Walaupun not all secrets, tapi rasanya you're the one who knows most of them.



Thank you for that look in your eyes that reminds me that I am yours. It reminds me of my connection with you, and that through it all, you really and truly see me.



Thank you for trusting me.
This is never an issue. Though sometimes I feel I don't deserve it.


Thank you for the little ways that you help me every day. Even the most minor of tasks or chores done just for the sake of helping me do not go unnoticed.
Little? What little?
I remember before we started this PhD journey, I had this worry that I had to pass the housechores to you, but again, I was wrong.
Chaittt... buat penat je risau lebih-lebih.




Thank you treating me respectfully at all times.
Without fail.



Thank you for all of the lazy days we spend just being best friends. Snacks, and cuddling with you are ingredients to some of my favorite days.
Tapi nak tunggu takde budak menyelit kat tengah-tengah, kena tunggu dia tidur la.
-____________-


Thank you for being vulnerable and open to me. I know as a man that can be very difficult to do, but it has developed a closeness that I value each moment I spend with you.
Takde kontrol-kontrol macho. And we don't mind feeling vulnerable when we're together...


Thank you for being the one that sometimes gets the backlash of the harm that others cause. I know when I have a rough day; you often have to deal with my crankiness. For that, you are a saint.




Thank you for being the kind of man who does all of these things without a second thought. Thank you for being a man who doesn't require any kind of praise or gratitude for being a caring and trustworthy best friend to me.
Maybe I should compliment more la kan?
Our royal extended family. Eheks!


Thank you for knowing that even if I don't always say it, I'm incredibly grateful for my handsome prince. Because with that big smile and heart of gold, you take down all of life's witches and dragons.
Muehehehe.

Gumbiranya menjadi rumaja (lagi)

$
0
0
Masa jaman kanak-kanak (skema nya guna perkataan kanak-kanak!) dulu, kita rasa happy bila dapat hadiah, bila parents buat party untuk celebrate birthday dengan kengkawan.


Aku sendiri masa kecik dulu aku tak pernah celebrate birthday sendiri. Aku tak sure la sangat camna perasaannya, tapi bila dah jadi mak budak ni, anak aku dah reti express kegembiraan dia dan ucap terima kasih siap dengan ayat  "Thank you Mama for the birthday party, it was the best party in my life ever, even better than last year's!"... (acecece...'in my life' walhal baru hidup 7 tahun)....
So aku assume memang excited la kot.

Cuma dalam kes aku ni, I guess excitement tu delayed sikit by 10-20 years.
Kasi chance la aku nak gedix lebih sikit setelah menjangkau usia *cough cough* rumaja *cough cough* ni.
Eh, 25 kira remaja lagi ke?
Hantam sajalah.

Anyway, kali ni I have a long list of things that made me happy despite being one year older younger.


#1
Celebrated by my loved ones, Izzah and Anep.

Walaupun hari birthday tu aku tekun buat keje, sampai SV tegur kata aku rajin (takbolehblah!), petang tu, aku meronggeng la jugak.

Apa lagi? Aktiviti mengasah tekak la.
Karaoke.
 
Sebenarnya, I wan't expecting a birthday cake... tapi ta-daaaa!!!
Ada jugak rupanya.


Tengok ni... orang dengki, trying to light up as many candles as possible on my cake.
Tak kisahlah... janji lilin tu ada 24.
So redha je la dikatakan muda setahun.
Hewhewhew.

Thanks Anep, for the cake surprise!
Haaa... ni nampak muka konon-surprised tak?

Disebabkan lilin yang banyak tu... maka ini la rupanya lepas dah tiup lilin.
Hahaha. lawak giler!





#2
It was also the 99th month anniversary for MrHubby and I (26th Nov 2006 to 26th Feb 2015).
 
Sejak started craving on Japanese cuisine 3 bulan lepas, MrHubby asyik 'berpantun gurindam'"Kan best kalau ada pan untuk buat takoyaki tu. Senang, tak payah pegi restoran dah.." so... dapat hadiah takoyaki pan la!

Shifa, if you read this, tolong bagitau laki kau.. laki aku dah jadi macam Dr Esa --- excited dengan peralatan memasak. Kehkehkeh.

Nampak gaya, no more excuse to go to Japanese restaurants.
Sushi mama buat, takoyaki Cinta buat.




Dua hari sebelum birthday, aku ber-sushian dengan Izzah... lepas tu pegi Movenpick-the world's finest ice cream (niat asal nak gi Waffle's, tapi dah tutup pulekkk).

Thanks, Izzah...for the treat!
Lap yu ketat-ketat.


#3
Vintage picnic with Jane

at the Goodman Crescent Lawn.

And surprise!!!
Jane baked some scones for me! :) 
How sweet!


and she treated me with some Mango Gelati too!

Memandangkan it was vintage-themed, setting dan ambience semua vintage. Best sangat!

There were some vintage games (kalau nak main lah).
 
 
 
 

Yours truly with the dancers!


#4
Birthday date with Phu and Wen

I eventually celebrated with someone who shares the same birth date!
Wen, the lenglui ;)


Kat mana?
Saizen Suhi Bar.





Eh...bukan kata dah ada takoyaki pan, tak payah pegi japanese restaurants dah ke?
Bahahahaha.
Dream on!


#5
Trio birthday celebration with dear SV and colleague

Ni baru je pagi tadi.

Macam last year, aku celebrate dengan SV aku dan Richard, sebab our birthdays beza 5 hari je.
 


#6
Birthday greetings
Punya la banyak greetings by FB wall (mostly), FB message, whatsapp.
Some texted. Some even called. 

Last aku check, ada dalam 250 ucapan. So, terima kasih banyak-banyak ye....for the thoughts, and doa.

Yang special edition pun ada...
Macam drp Dato' *cough cough* Prof Madya Dr Hj Rektor Nismilan,



dan daripada Tan Sri VC yang sangat fatherly.


#7
Birthday presents

Cards from my Cinta, Little Cinta and Mini Cinta

Presents...from Shifa and Izzah-yang sangat thoughtful, despite being away.
and also from Wen/Phu. 
Thank you so much!


Presents from ICOH!
Perfect sampai on my birthday, cuma aku lambat check email.



 Conference fee -waived
Airfares -partly reimbursable
Free 5-night accommodation


That's a lot of saving! Hoyehhhh...
So, boleh kerek la dengan KPM yang tak sudi bagi bajet untuk yours truly pegi conference. Huahuahua.


And.... last but not least, present from Cinta. 
Ta-daaaa!!!

 

Alhamdulillah.
Happiness defined in so many ways.

Syukur dianugerahkan kesihatan... dan segala nikmat yang melimpah-ruah. 
Ehhh.. Kalau macam ni la punya seronok, tiap-tiap bulan celebrate birthday pun takpe.  Eh..kang cepat pulak jadi tua.
 


Ramah tak bertempat -_____-

$
0
0

Aku selalu takde masalah nak start a conversation dengan stranger.

Dalam bas/tram/flight, kalau tak moody dek PMS, rajin aku sembang dengan orang seat sebelah. Macam-macam topik keluar- weather, current issues.
Kat ofis lama dulu, dengan kakak-kakak cleaner pun aku buat baik. Berbual tanya ada anak ke tak, dah makan ke belum, raya tak balik kampung ke.
Dan aku tak kisah pegi kursus/ conference sorang-sorang. Tak perlu ada geng, confirm I will make new friends.



In other words, I am considered as a friendly person la jugak.
Cuma, the rule of thumb is...try cari topic of the same wavelength.

Jangan la dengan makcik sapu, kau cerita tentang politik.
Dengan golongan elit, jangan la meraban citer tepi jalan.
Dan standard la mak-mak, kan? Kalau berkumpul mesti cerita pasal anak-anak.
Orang pregnant mesti citer pasal pregnancy.


Suatu hari menjelang Hari Raya beberapa tahun yang lalu...

Aku pergi Jalan TAR nak cari baju raya.
Almaklumlah, itu port paling meriah nak jamu mata.

Masa tu aku tengah pregnant (6 bulan lebih), so aku pun singgah satu kedai ni.
Sambil aku dok belek-belek colour yang ada, sambil gosok perut.

Si sales assistant tu pulak suggest kat aku"Yang warna maroon ni cantik, kak."

"Atau boleh ambil fesyen yang ni. Ramai jugak orang beli"

Aku senyum.
"Mmmm... Yang hijau ni ada saiz S tak?"

(Tak boleh blah kan, perut boyot pun nak pakai saiz S. Hahaha.)

Sementara si sales assistant bersusah-payah mencari saiz yang aku nak, aku perhati keliling.
Menengokkan si sales assistant berperut besar, aku yang over-ramah-as-usual pun tanya  

"Mengandung jugak ke? Berapa bulan?"


"Tak. Perut saya memang macam ni...."



*krik-krik.... krik-krik*



Aduiiii... aku rasa macam *gedegang!!!* rentung dipanah petir.


Apa lagi?
Aku pun menyumbangkan sengihan yang paling lebar sampai ke telinga demi nak cover kemaluan.
dan cepat-cepat aku ajak MrHubby keluar dari kedai tu.

Evan Peters Was Adorably Embarrassing In These Early ’00s Commercials


Walaupun aku dah berkenan baju tu, malu punya pasal... terpaksa pegi kedai lain.
Nasib baik selang 5,6 kedai gitu ada jugak baju yang sama. Harga pun sama.

So, moralnya di sini...


JANGAN NAK BERAMAH MESRA LEBIH-LEBIH DAH DENGAN ORANG LEPAS NI!!!

Beramas mesra takpe.
Hewhewhew

Gulet-gulet laici dan duritan

$
0
0

Aku sedang giat berusaha nak train Lil Adam cakap BM. Kaedah 'Hari Bercakap BM' yang aku try buat dulu macam tak jalan jer.

Daripada bertih jagung punya potpet-potpet... kalau aku suruh cakap BM, dia lebih rela diam.

Teringat masa aku ngajar dulu... kalau students tanya soalan dalam BM, aku kata "Sorry, I don't understand Malay."... maka terkulat-kulat la si student nak atur ayat dalam English.

Bukan la aku tak faham BM. 
Saja nak encourage diorang. Lagipun memang medium is in English.

So, Lil Adam ni kira 2 kali 5 la.

So far, BM dia kalau pemahaman boleh dapat C. 
Kalau bacaan, memang ke laut.


Cerita 1

Situasi: Masa MrHubby balik Malaysia kejap aritu, dia hantar Whatsapp gambar ni....

Me: Adam, look at this. Ayah hantar gambar ni.


Adam: Haaa... I like this fruit.

Me: Blah laa... Dulu masa kecik, kau sibuk suruh Mama ngan Ayah beli, tapi tak makan pun. Adam tau tak apa nama buah ni?

Adam: No.

Me: Okay... you remember the fruit with many hair, banyak rambut? It is called rambutan.

Adam: *angguk*

Me: This one has many spikes/thorns. Or duri. So, what do you think it is called?

Adam: Errr.... DuriTan

Me: Duritan?!!! Kahkahkah....



Cerita 2

Situasi: Sembang-sembang pasal makanan.

Me: Okay, let's try again. Adam suka makan sayur apa?

Adam: Errr... tomato

Me: Cheh! Mana ada? I know you don't like veges. You said tomato just because it's easy kan? Because the word tomato in Malay is also 'tomato'.

Adam: *sengih terkantoi* Errr... 'Pomodoro'?

Me: Hahaha. I know, that's Italian for tomato kan? See, mama pun belajar Italian okay?

Adam: How do you know?

Me: *jeling* So, kejap lagi, Adam nak makan nasi dengan apa ni?

Adam: Errr... *sengih-sengih* dengan...errr... 'pollo'.

Me: Hahahaha. Yang tu pun mama tau. Chicken. Mama suruh jawab in Malay la, not Italian!

Aduiii anak aku ni. 
-__________-




Cerita 3

Situasi: Lil Adam tengah try buat latihan Maths, dalam BM.
Nak memaham ayat-ayat tu, satu hal.... nak membaca perkataan tu, satu hal lagi.


Adam: Mama!!! What is gulet-gulet?


Me: Mana?

Adam: This one.


Me:  Wakakakaka. Gulet-gulet apakebendanya? Ni gula-gula. You know what is gula?

Adam: No.

Me: Gula is sugar.

Adam: Oooo...so, gula-gula is sugar-sugar?

...dan kat telinga aku terus  terngiang-ngiang lagu ni...




Cerita 4

Situasi: Kat dapur, tengah mengemas dan nak seal kotak.


Me: Haishhh..time ni la pulak nak habis tape ni. Adammmm!!! Adam, tolong gi ambik tape dalam laci jap.

Adam: *datang ke dapur* What? Lychee?

Me & MrHubby: Hahahaha.

Adam: Whattt?! *sengih* I heard you said lychee.

Me: Mentang-mentang la dia suka air laici. Dah la. Tak payah harap la dia gi ambik. Nanti lain disuruh, lain dia ambik.

MrHubby: Eh jap... Adam, come here. Ayah nak test Adam faham tak apa Ayah suruh. I want you to listen to me and do as what I say.
Adam pegi kat bilik Ayah, kat meja tu kan ada laci...dalam laci ada sticky tape kaler hitam. Adam ambik tape tu bawak kat Ayah.

10 secs later...

Adam: Nah... *hulur benda ni...*




-_____-

Sticky tape tu dah macam nak betul dah.
Hitam nak, hitam!!! 
Adoiyaiiii....  Stress mak macam ni!



Hai la Adam, Adib.
Nak tergelak kalau Mama dengar korang cakap BM. Camna la bila balik Malaysia nanti?



That mischievous baby koala

$
0
0
Notty

Baru-baru ni, aku masuk ke bilik... aku nak check Shaun the Sheep aku yang tengah di'glue' sebab patah kaki..
Kaki dah melekat elok, tapi bila aku belek.... Eh dah terpatah kat bahagian nak pulas kunci tu pulak.
Grrrr...


Umpama petir membelah keheningan malam, aku pun jerit...
Who broke my Shaun the Sheep?!!!Who did this? "
 "Cepat cakap!!!"

Dan Lil Adib did his du-du-du-du-du face, siap menyorok kat bilik tetamu lagi.
Bila aku tanya dia "Did you do this?"

Dengan muka selamba, dia jawab "No..."

Then aku dapat satu idea...
"Hmmm...whoever did this, will get Maccas one dollar (read: a frozen Coke). Who broke my Shaun the Sheep? Was it you?"

Dan dengan senyum paling manis dia angguk "Yes!"

Kantoi di situ.
Demi 'Maccas one dollar'...terus mengaku.
Hahahaha. Hampesss...


Baby Mario

Lil Adib is supposed to be 5 this year, tapi aku masih anggap dia macam baby.

Maunye tidak...kat rumah, dia masih manja nak gu-gu-ga-ga, konon perasan diri tu baby.

Kalau kat public, tak habis-habis nak masuk dalam baju aku, nak cium tummy! Time tidur, masih nak celah ketiak aku. Kalau tak pun, tummy time.

Manja kemain, tapi ada hati nak baby. Tiap kali pegang perut aku, dia cakap "Shh... baby's sleeping."

Tapi sekarang, Lil Adib dah ada 'baby baru'.
Baby Mario.

Ngeri weh, baby pun dah ada misai tebal ala Dato' K. Bahahaha.

Pegi jalan pun, bawak Baby Mario... siap buckle up sama-sama. Demi keselematan, kekdahnya.


Dan bila tidur pun, gigih nak selimut sama-sama.


Ni muka sengih-sengih sebab dia tau aku nak snap gambar. Sebijik macam Lil Adam dulu.... cuma Adam dulu dengan Atuka.


Lil Adam-once upon a time. Sama tak muka diorang?


Chatty

Lil Adib started kindy hujung Jan aritu. Tapi sekarang, aku realized dia yang pendiam tu terus berubah. His vocabs tetiba jadi banyak. 
Dah pandai buat ayat yang aku faham. Dan juga ayat yang aku tak faham (tapi aku anggukkan je la).
Potpet-potpet, maybe sikit lagi boleh setanding dengan Lil Adam. Maka aku perlu bersiap-sedia la beli earplugs ke. Hehehe


Spell and write

Lil Adib takde la pandai membaca lagi. 
But he has learned to spell Adib, Mama, Adam and Ayah... :")


Acecece..muka bangga dapat tulis sendiri.



Potty training
Satu lagi yang aku sangat lega adalah pasal potty training. I have been extra-worried sebab it was hard for us to train him bila dia tak banyak bercakap (dulu).

Tapi, 6 weeks after starting kindy, (4th March) Lil Adib pegi kindy tanpa pakai diaper.

Actually dia dah belajar potty dah, cuma aku yang takut membebankan cikgu kat kindy kalau-kalau dia terkucil.

Jasmine (the principal) kata masa 5th week tu, memang dia dah pegi toilet sendiri (biasanya kids are encouraged to do the business sebelum morning break or lunch).
Ada gak dia tanya Lil Adib "Do you need to go to the toilet?"

Tapi Lil Adib dengan muka konfidennya jawab "No, I'm fine."



So, Alhamdulillah walaupun agak lambat (compared to Lil Adam dulu), he adapted fast.


Merajuk

Kalau dulu style merajuk dia, siap ronot celah ampaian sejadah atau kerusi... sekarang ada port baru.
tepi dinding pun boleh.

Kekadang tu, takde sapa marah pun... tau-tau je pegi isolate diri kat tepi dinding (atau tepi rak kasut). Biasanya aku buat derk je.

So, terpaksa la dia mengengsot sikit untuk menampakkan diri, as if saying "Oiii...aku merajuk ni oiii.. Mai la pujuk!" 

Hahaha.
Nasib le anak oiii.
Tak larat nak pujuk selalu. Ikut perangai sapa ntah rajin sangat merajuk ni.
Eh.


Cheeky

This is how he enjoys himself, and cheer us up.
Dalam kotak, dalam laundry basket, semua jalan...


Adib... Adib...
Camna la kalau ada adik nanti?

Eh... kenapa pulak boleh ada soalan ni? Errrr....


Tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang pokok

$
0
0

Sapa tak suka makan jeruk buah cermai?
Mengandung ke, mengandungi ke... semua orang (especially pompuan) suka, kan? Kan?

Hehehe. Teringat masa gi kelas agama kat Sekolah Tuan Abdullah petang-petang dulu. Sekupang pun dah boleh dapat sesenduk.
Jaman sekarang ni, maybe 5 kupang pun tak dapat. 


Walaupun buah cermai ni menjadi pojaan ramai orang, tapi bagi aku, ada satu kenangan tak best dengan buah/pokok cermai.
Begini ceritanyaaaa....


*cue masuk lagu penglipur lara*



Masa kecik-kecik dulu, aku dan Acik ada task masing-masing setiap pagi.
Bukan macam anak-anak jaman sekarang, buka mata je, makan dan hadap TV.

Aku dan Acik-- tak aci mandi, tak aci breakfast... celik-celik mata je, terus pegang penyapu lidi. Sapu keliling laman rumah.
Laman rumah Abah tu besar jugak, actually. Kalau nak sapu sorang-sorang, dengan kudrat budak umur 7 tahun, memang lambat la nak siap.
So, kitorang bahagi sorang setengah.
Biasanya kawasan jajah aku adalah kawasan belakang rumah, start dari area pokok asin-asin a.k.a. cekur manis yang facing tanah lot kosong belah kanan rumah, sampai ke pokok cempedak di luar pagar ambil galah tolong jolokkan yang menghadap ke rumah Pak Asan belah kiri rumah.
Maksudnya in between tu, memang kena cover jugak la..merangkumi...

Pokok jambu batu (dekat reban ayam) tempat aku memanjat dan toreh nama...
ke pokok moktan (read: rambutan) - punya la lama aku nak merasa pokok tu berbuah.
Pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram
Pokok cermai....sampai ke pokok cempedak.
Kawasan berlabel merah adalah kawasan jajahan aku. Yang berlabel tu yang major je.
In between tu ada segala mak-neka pokok lagi.

Kawasan jajahan Acik pulak ada pokok bunga kertas, pokok mempelam, pokok jambu delima dan macam-macam lagi.
Pendek kata, semua jenis pokok yang rajin fefeeling autumn lah!

Dua masalah besar yang leceh dalam assignment aku ni adalah... 
  1. Ada banyak pasu dekat semua pokok-pokok tu. So, kena la rodok-rodok penyapu sikit sebab daun yang luruh maybe nyorok kat celah pasu.  
  2. Laman rumah abah tak berumput langsung!!! Pasir putih je. Maka confirm la kalau daun jatuh ke tanah, akan nampak obvious sangat, takde chance nak bajet incognito macam chameleon. Pelan yang aku konon-konon tempek kat atas ni, saja bubuh hijau bagi nampak environmental friendly gittew.

Perangai aku pulak, sambil menyapu, sambil suka membelek.
Aku belek daun, belek bunga, belek pasir, tanah, batu.
Maka makin lambat la kerja aku siap.

Dan antara yang aku suka belek adalah buah pokok asin-asin.
Comel gitu.


Tapi, jangan terpedaya dengan kecomelannya.
Aku selalu sakit hati dengan pokok asin-asin tu,



Lagi hamsap, sebab pokok asin-asin dan cermai tu memang kerja luruh je daun dia.
Geram betul! 
Baru je sapu, by the time habis keliling rumah..dah ada yang mencecah ke bumi. 
In other words, masa Mak buat QC (tak lama lepas kitorang habis menyapu), dia nampak macam tak bersapu betul-betul la.
Terus aku dan Acik kena beletiaq "Haaa!!! Hampa sapu hat yang depan mata saja!!!"

-___________-
Grrr!
Dah penat sapu pun, jangankan nak dapat terima kasih, kena bebel pulak.
Life was so unfair.


So, setelah banyak kali sakit hati, last-last, aku ngan Acik dapat satu idea. 

Bila aku sama-sama menyapu dengan Acik... kami 'honggaq' (goncang dan goyang sepenuh perasaan) pokok-pokok tu bagi luruh semua daun yang baru nak kuning. Kiranya, kalau daun-daun tu baru je masuk akil baligh, maybe dah terpisah dari pokok la.

Tak cukup dengan tu, daun-daun yang ketegaq tak nak luruh kitorang 'rimbaih' dengan penyapu.

Korang bayangkan, dua beradik umur lebih kurang 7 dan 9 tahun... terlompat-lompat sambil menggodek-godekkan penyapu lidi kat daun-daun pokok yang tinggi.


Hmmm..aku rasa nak propose kat DBP la, supaya improvise peribahasa "tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia."
Meh aku nak tukar jadi "tangan yang menghayun adik-adik dalam ndoi pun, bisa menggoncang pokok asin-asin dan pokok cermai."

Kikikikiki :-P

Sampailah pada suatu hari, pokok asin-asin tu pun ditebang.
Aku la manusia yang paling bahagia time tu. Cuma masa tu, aku tak reti lagi nak buat sujud syukur, so aku kira hoyeh-hoyeh style budak-budak je la.

Walaupun dah tak dapat makan masak lemak asin-asin dah, aku redho je. Sebab sakit hati aku dengan daun yang luruh tu lagi kritikal daripada keinginan nak makan. Bahahaha

Disebabkan masak lemak asin-asin ni dah jadi favourite aku ni, tiap kali gi Anjung Selera depan Masjid I'tisam, confirm aku cedok sayur ni ke dalam pinggan aku. 
Dan sambil makan tu, aku akan terbayang hazab aku satu ketika dulu. Hewhewhew



Haaa...sekarang, cer bagitau aku...
Sapa kata "Kalau takde angin, masakan pokok bergoyang?"

Kan boleh je.... sebab ada dua beradik yang goyangkan. Kehkehkeh



p/s:

Happy anniversary, Acik!
I miss my big brother very much.

Anak yang berpandangan jauh sempena Mother's Day

$
0
0
The perks of being mak-mak.
Tengok anak membesar, dan acting like yourself.

Acting like yourself--can be sweet, can be scary. 
LOL


Walaupun kekadang agak lawak bila tengok Lil Adam tergedik-gedik excited planning untuk birthday (like planning it 13 months ahead, before the initial year punya birthday celebration), ada baguihnya jugak.

Walaupun ada masa dia mengkantoikan surprise dengan ayat "What flavour of cake do you like, Mama?"  
atau mengkantoikan treasure hunt mencari hadiah dengan ayat "No, your present is not there! "
*sambil mata mengerling ke arah tempat tu, dan terlompat-lompat excited* ---Duh!Obvious sangat!

.... at least he learns to make a celebration meaningful.

He looks forward to celebrating any occassions/events in the family.
Birthdays, anniversary, mother's day, father's day, etc.

Last weekend, for Mother's Day... dia kata "You'll have to find two things, Mama. And I'm not telling you where I hid them"

Elehhh..macam le susah sangat. 
Aku buka beg sekolah dia je, dah nampak handmade card.

Astagaaa... apa benda dia tulis/lukis tu?

 
Katanya, itu trofi untuk No.1 mum.
Kehkehkeh. 

Lepas tu aku usik dia... "What? You have No.2 mum?" You forgot about the lesson from Hansel and Gretel? --- kepada yang ter-miss lawak ilmiah ni, boleh baca SINI.

In the card...walaupun berserabai aku nak membacanya...it says...

Happy Mother's Day, mama. 
You are the best mother in the universe. 
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli, 
the future, the past, the present and back

:)   ;)   :P


Hahahaha. Tak boleh blah..tetiba ada China ngan Gallipoli. Alkisahnye pasal Anzac Day aritu banyak sangat publicity pasal Gallipoli kot.


Belakang kad, ada tulis ...(why la belakang kad?)

To mum.
From your first

Dan aku tanya... "from your first what???"

Dia jawab...
 "Here... I wrote "Son"

Hahahaha. Ada ke tetiba kat depan kad ada satu je perkataan "Son."
Lawakkkk...lawakkkk.

 Lepas tu akak cakap aku tak jumpa hadiah lagi satu. So, he went to his room and handed me this....


"Eh? Why Nan's pen? I'm not your nanna! What, are you saying I look like a grandma?"
--bertubi-tubi aku bebel. Bukan nak cakap terima kasih.

"It's okay, when I get married, you're gonna be a nanna."


MrHubby menyampuk "Hahahaha. So, by that time, dia dah tak bagi hadiah Mother's Day dah la... sebab dah bagi sekarang."

 Huhuhu. Well-played, Adam.
Well-played.

Anyway, he also got me this painted pot of daffodils.
Walaupun nak tercekik menengok hasil seni anakanda mengecat, tapi kira okay la...sebab bunga tu cantik. And what matters most is--- he remembers to make me feel special.




That day, kitorang makan kat rumah je.
Buat sushi (plus nigiri, sashimi and udon) banyak-banyak... makan puas-puas.
Dan sebab aku dah lama mengidam nak makan durian... buat durian crepe sekali... Hehe

----
Yang ni pulak, from last year's Mother's Day celebration.
Sampai setahun aku peram, baru post sekali. Hahaha


That's a little pot of pansy seeds. Aku dah try tanam. Aritu nampak macam hidup.
Tapi dah sejuk-sejuk kebelakangan ni, takde la aku keluar jenguk, entah hidup entah tak pokok tu.



His attempt to make a menu for breakfast-in-bed.
Rice, oat or subway. Hahaha. Senang cerita. Subway terus.




And that's how he drew me.
Wearing one of my t-shirts yang dia suka :-P


Thank you Adam and Adib---for being my Little Cinta and Mini Cinta
I love you to the moon, Mars, Saturn, around the world, 
China, Turkey, Gallipoli,
the future, the past, the present and back
+1

Hehehe. Selalu aku guna taktik keji ni.... copy that, plus one.
Win!






8 jam rusa-masuk-bandar-Shah-Alam

$
0
0
I have always wanted to fly by other carriers (yang bukan Malaysia punya), tapi asyik tak kesampaian. Bukan pasal tragedi-tragedi yang berlaku kat MAS, sebab bagi aku kalau nak jadi, kat mana-mana pun boleh jadi. Cuma, aku saja nak experience layanan cabin crew of other airlines.
Dari adik aku keje Royal Brunei (RBA) sampai dia tukar ke Qatar Airways pun, aku tak rasa naik airlines lain jugak.
-_____-

Masa keje dulu, standard la kan..gomen nak kena naik MAS. Aku gi Dubai pun, kebetulan dapat flight MAS.
Paling foreign pun, aku pernah naik Qantas, Virgin, Jetstar - tu pun untuk short distance, dalam dua jam flight je. Ye la, ye la...AirAsia pun pernah.

Anyway... Masa minta School tolong arrange booking untuk gi ICOH aritu, mula-mula aku dapat pilihan SIA (transit kat Singapore), atau Cathay Pacific (transit kat Hong Kong). 
Aku ingat nak pilih SIA je la, tapi lepas tu, aku terfikir... 

KAN KE DAH NAK MASUK 3 TAHUN AKU TAK BALIK?

WOULDN'T IT BE GREAT KALAU AKU DAPAT SINGGAH MALAYSIA KEJAP, 
LEPAS GERAM KAT MAKANAN-MAKANAN YANG AKU RINDU?

Maka, aku pun beralih-arah, minta diorang bookkan MAS.
Tu pun lepas aku discover rate jadi mahal kalau one-way fly by SIA, one-way by MAS. Hamsap betul!
Punah harapan aku nak berkenalan dengan steward hensem yang tak lembut.
-______-

Bukan apa... buat julung-julung kali aku terasa rindu kat Malaysia. Itu memang epic!
Rindu kat makanan je la.

So, bila kena transit kat KL for 8 hrs masa on the way dari Adelaide ke Incheon last fortnight, aku jadi cukup gedix. 
Tengok la...anak-anak hantar ke airport pun, aku dok 'kerenyeh' baekkk punya. Hahaha.

 
Wheee!
Selalu hantar kengkawan je balik kat International Departure ni. Hari ni, mak melepasi kawasan ni, noks!
#orangkampung #cewi


Masa tunggu untuk boarding,  baru la cuak-cuak nak doa banyak-banyak.
Hehehe.


Dan dalam flight tu, baru aku buka dan baca kad daripada MrHubby.
Travel sensorang is not an issue to me. Cuma tu la, nak amik gambar 10 kali sekejap, memang awkward la.


Travel pagi, perut lapar... so, dihidang apa pun, berselera je nak makan.


Dah lama sangat tak fly long distance. So, aku takde plan pun nak buat apa.

To kill time, aku tengok movies.
Cari punya cari, aku pilih Ombak Rindu.
That was my first time okehhh. Orang lain dah kering air mata, kalau Osman Ali tu buat sekuel, dah masuk Ombak Rindu 5 gamaknya... aku baru nak tengok.
Sib baik aci sebelah aku buat hal sendiri, so takde la aku tersiput-siput bila fefeeling leleh.

Lepas tu, cari movie lain... tengok trailer, macam tak menarik sangat, so aku ended up tengok Sivaji the Boss. Kahkahkah. Confirm tak mengecewakan.


3.45 pm- Captain pun buat announcement tentang cuaca, suhu dan masa tempatan...dan kedengaran la ayat "Kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanahair..." 
Wah-wah-wah..time tu aku bajet dendang perantau abis.

Keluar je dari flight, rasa macam nak cium lantai KLIA tu. Kehkehkeh.
Over sangat tau!
Tapi sementara nak ambil luggage, rasa hangatnya humang aiiii, sampai basket (read: basah ketiak). Tapi aku gerenti balik ke Malaysia akan jadi best kalau time heatwaves kat Adelaide. Hahaha.

Then.... ta-daaa!!!!

Sempat upload kat Facebook sedas.
Sampai 275 likes, dan bertubi-tubi komen masuk tak terlayan.


Kesian Diah kena tunggu lama, sebab flight sampai lambat.
So, lepas withdraw duit, destinasi pertama..... jeng-jeng-jengggg!!!
Mesti la Shaaz TTDI Jaya!



Excited sangat. Dan yang paling best, bila nampak je aku masuk ke restoran tu, macha tu senyum-senyum dan tanya "Mana pigi? Lama sudah tara nampak?!"

Woha! Ternyata rinduku berbalas. Wahahaha.
Macha tu ingat lagi aku walaupun dah 3 tahun tak bersua. Dia siap tanya updates pasal MrHubby ngan anak-anak... bila nak balik, yada yada.


Tengok... siap selfie dengan Macha. Memang takboleh blah betul.
Aku perasan ada mata memerhati je time tu, tapi lantak la kan?



Yang penting... aku dapat menikmati nasi dengan teloq ikan pojaanku...
Perghhh!!! Heaven!
Kalau Lil Adam ada, mesti dia suka.

Sayangnya time tu, DrWan ada lectures. Kalau tak, memang aku jumpa dia sekali la kat Shaaz tu.

Gerak dari TTDI Jaya, aku sangat kagum tengok rupanya setiap seksyen kat S.A dah ada nama cenggini rupanya.


Malangnya disebabkan jem,  8 jam berlalu macam tu saja.
Lepas makan, ambik anak-anak Diah kat nursery...balik solat, dan dah pukul 7. Punah harapan, tak sempat nak shopping. So, cuma pegi Plaza Masalam untuk tukar duit.

 Jumpa Shifa pun 5 minit je, tu pun untuk pass barang yang nak dipos kat abah.


Then, terpaksa minta Diah ngan BerryBear hantar ke KLIA.
Hadoi la... rasanya dulu KL/Shah Alam takde la teruk sampai cenggitu sekali jem nya.

 

Thank you, Diah... muahh muah...
Nanti dah back for good, kita qada sisterly activities kita, ye?


Malam tu, KLIA terasa sangat crowded. Sikit lagi dah nak macam LCCT.
Maybe sebab cuti sekolah. So, ramai yang travel naik kapal terbang. Jaman aku dulu, cuti sekolah... takde gi mana pun.

Sebelum turun ke departure, aku pun menunaikan niat nak makan KFC Hot and Spicy kat KLIA tu. Almaklumlah... kempunan KFC halal. Kat Aussie, kalau halal pun... mana nak ada hot and spicy ni. Telan je la Original recipe tu.


Muka punya excited nak makan.
Sekali bila hadap makan sorang-sorang, seketul ayam pun susah nak habis. Makan sorang-sorang sangat tak best. Takde selera sebab teringat kat MrHubby ngan anak-anak.

Anyway, the flight  was smooth.
Walaupun ditemani Channing Tatum dan Tom Hardy dalam movie list, aku tetap mengantuk. Tapi tak boleh tido.  Terlebih adrenalin kot!
Spoil betul. So, aku paksa diri telan ubat selesema dan dapat la lelap sekejap sambil diulit suara abangNuar Zen.


6.53 am Seoul time, aku pun selamat touched down di Incheon Airport.


Wahhh... siap ada greetings to welcome ICOH delegates lagi kat LCD kat carousel dalam airport tu. Very the warm one.


Lepas gi bilik air cuci muka gosok gigi bagai, aku pun duduk menunggu Yahya.
Lama jugak dekat 2 jam, baru Garuda dari Jakarta sampai.


Niat asal, nak terus pegi hotel sorang-sorang je, tapi alang-alang tu, tunggu je la. Bukan apa... bila ada geng, baru syok nak bergambar. Hahaha. Dasar blogger.
Kesian Yahya, kena layan aku. Tapi takpe, dia belajar basic photography-- kalau amik gambar aku, jangan potong kaki untuk full shot, sebab aku belum ada diabetes lagi. Hewhewhew.


Lepas  pre-purchase T-money (kad untuk public transport), kitorang pun naik bas 6009 untuk ke Gangnam.


Sekian kisah rusa masuk bandar selama 8 jam (yang tak terasa macam 8 jam pun. huhu)

...to be continued....


Photo Challenge Balik Raya 2015-Isabelle...frankly

$
0
0
Ta-daaaa!!!
Maka inilah dia aku punya #TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015".




Haaa... punya la semangat! 
Blog entries yang terperam punya la banyak...tapi dek kerana dicabar oleh Ren dan KakiJalan, rasa membaraaaa je semangat nak try. Almaklumlah... dok kat Ostrololia ni, bukan semua benda ada... but we tried to make-do la apa yang ada kan? 
Nak lagi best, MrHubby ngan orang keliling rajin pulak melayan aku punya kehendak nak buat aksi meraban ni.

Okay... 3 syarat utama yang WAJIB ada dalam challenge ni...
  • Setiap gambar MESTI ada BLOGGER. ---uihhh ni mesti!
  • Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 bertulis "#TRAVELHOLICAWESOME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015". ----orait! A4 it is, siap letak dalam clear folder lagi.
  • Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. --- selama ni aku kutuk orang yang beria pakai baju kurung/kebaya tak kira masa kat obersi, naaahhh...sekarang aku yang terpaksa buat! Tapi sebab time winter tergedik-gedik sejuk, maka aku pakai coat la atas baju raya.

Tanpa berlengah lagi... dipersembahkan.... *drumrolls* ...
...ba-dum-tsss!!!.... 

10 CHALLENGES YANG PERLU DIBUAT!
  • Blogger menimbang berat. Mesti nampak muka, pastu kaki atas penimbang dan tunjuk berat badan korang. Di sebelah penimbang tersebut ada sampul duit raya. (Jangan malu, bukan berat yg menjadi ukuran haha.)


Kalau berat menjadi ukuran pun, aku no hal punya. 
Tengok, aku gigih verify berat aku dengan digital scale dengan  penimbang biasa ...err... analog? 
Sampul duit raya dengan meriahnya bergelimpangan di sebelah. 


  • Blogger berdiri di tengah-tengah pasar ramadhan / pasar malam / pasar terbuka, berkain pelikat sambil pegang buluh lemang dan kaki kene angkat tinggi sebelah.(Tak kira laki ke perempuan, tetap kena pakai kain pelikat ye.)

Aiseymen, tahun ni Adelaide takde buat PaRam. Tapi nasib baik boleh pegi Sunday Market... maka tercengang la pengunjung Marion Sunday Market aritu menengok sorang awek Melayu Muslim pakai kain pelikat angkat sebelah. 
Tang buluh lemang tu...payah sikit la, tapi demi nak bagi real punya pasal...aku gagau la buluh pelita yang ada. Kira ni untuk buat lemang ramping la.


  • Blogger melakukan aktiviti-aktiviti yang paling gila yang pernah blogger buat masa puasa / raya. (Lagi pelik, lagi unik, lagi mencabar, lagi gile, lagi bagus. Risiko tanggung sendiri tau hehe.)

Hari raya kan biasanya orang ziarah kubur...  
Ni aku dah siap bawak Yasin/buku tahlil...ngan kepit vase berisi air bunga, sekali....aiseymennn.... silap port daaa.... kubur non-Muslim pulekkk. Muehehehe.
Aksi ni adalah high risk sebenarnya.  Kalau terkantoi, harus tak pasal-pasal aku buat-buat meratap kat kubur ibu-sudara ala Kassim Selamat untuk cover malu.


  • Blogger bergambar secara kreatif dengan kuih-kuih yang dibentuk menjadi perkataan “#TA RAYA”. Mesti kena guna minimum 7 jenis kuih yang berwarna-warni serta bercorak-corak. (Lagi kreatif, lagi bagus.)

Yang ni dengar macam senang, tapi demi mempelbagaikan kuih raya, aku dengan tebal mukanya telah minta kat jiran tetangga kuih raya diorang masa pi beraya. Hahaha. Dan untuk pose yang special, aku pun baring atas lantai dan buat muka bajet comel la cenggini. Siap pinjam ukulele anak-anak.
Dah snap muka galak, siap tayang rantai dokoh besar gedabak, tercover pulak poster PhotoChallenge tu...maka kena la posing sopan sikit.
  • Blogger bergambar dengan orang yg ambik zakat fitrah kat kaunter (amil), sambil hulurkan biskut raya (tak kira sekeping atau sebalang) sebagai tanda terima kasih. (Siapa amil tu tak kisah. Kalau orang lain yang tgh bayar zakat pun takpe.)

Hoh! Ni agak mencabar, sebab mula-mula aku cuma amik gambar MrHubby tengah bayar zakat. Tapi sebab dah kata nak kena ada blogger dalam gambar tu... nah! amekkaw! 
Aku siap pakai glove pink (gicchew! kau mampoo?)  untuk berjabat tangan dengan Tuan Aji amil. Tersenyum lebar Tuan Aji tu dapat kuih raya sebekas.

  • Blogger bermain bunga api dengan penjual bunga api.(Siapa penjual bunga api tu, tak kisah.)
  
Kat Ostrololia ni, bukan boleh sembarangan seludup bunga api... maka si penjual bunga api terpaksa meng'cover' muka beliau supaya identitinya tak dikenali. Tapi yang best... bila part main bunga api, layaaaannn... mask ke mana, apa ke mana... siap pusing-pusing bunga api sambil nyanyi lagu raya Saloma lagi.
  • Blogger bergambar di petrol station sambil memegang 10 jenis sampul duit raya yg berlainan design. Mesti kena pegang sampul 5 kanan 5 kiri sambil gaya mengipas. (Walau mengipas, sampul kena nampak ye. Lagi kelakar, lagi bagus.) 

Jenuh tak cukup tangan, nak pegang 10 sampul duit raya lagi... nak pegang poster PhotoChallenge lagi. Lanun ni narsis, jadi takleh ada pelakon tambahan dalam PhotoChallenge aku. Anyway, lanun ni tersengih kegembiraan sebab dapat pao banyak duit raya. Heh.
  • Blogger pegang kalendar 2015 yg tunjuk tarikh hari raya 1 Syawal, kat depan rumah tol / RNR. (Kalau dpt bergambar dgn pekerja tol yg buat muka menangis lagi bagus.)
Cabaran paling besar adalah sebab kat Adelaide ni takde tol.  Maka drive le kitorang sampai 60 km (pegi balik) untuk ke tempat ala R&R---highway caravan and tourist park namanya. Dah kalau takde tol, maka memang takde la pekerja tol. Jadi biar aku je la buat muka sedih tak balik beraya.

Kalendar pun, takde yang besar, noks! Ada yang size tampal kat fridge je. Jadi la... janji tunjuk tarikh raya tahun ni.

  • Blogger susun kasut raya kat rumah orang yg korang pegi beraya, secara bertingkat. (Lagi tinggi, lagi macam-macam bentuk kasut, lagi bagus.)

Challenge yang ni aku buat curi-curi masa gi beraya kat rumah orang. Cuak weii..kang tengah-tengah susun kasut orang, tetiba terkantoi masa diorang nak balik, harus kemaluan membesar malu besar.
Tu belumkira penat-penat susun tinggi-tinggi, tetiba tumbang Menara Condong Pisa Kasut ittew. Hehehe. 
Anyway, dalam gambar ni memang segala jenis kasut ada la... dari slippers, crocs, sneakers, boots, semua lengkap!

  • Blogger bersalaman dengan orang yang paling tua masa raya / buka posa. Orang tua tu kena pegang kertas tulis photo challenge tu dan diselit pula sampul duit raya. (Sapa orang tua tu tak kisah. Lagi tua, lagi bagus. Hahaha!)


This last one aku anggap mencabar sebab nak cari orang yang sangat tua, sebab kalau umur 50-an, nampak kuat cedang lagi... maka aku datangkan eksklusif orang tua Italian Aussie! 
Cer korang teka berapa umur dia? Rambut pun dah tak berapa ada... yang ada pun, dah grey. Heh. 
Satu hal pulak lagi, aku nak kena explain kat dia, kenapa nak kena pegang photo challenge tu. Hahaha.

Fuhh!!!
Setelah bersusah-payah, menebalkan muka, menahan kemaluan dan mempertaruhkan nervous... akhirnya siap jugak 10 challenges ni. 
Aku happy sebab berjaya menyahut cabaran kengkawan untuk buat challenge ni. 
Wish me luck!
Hehe. 

Annyeonghaseyo! (Seoul -Part 1, conference)

$
0
0
DAY 1

Berjanggut dan kesaq ketiak menunggu aku post entry pasal gi Seoul aritu. Haishhh...
Anyway, setelah nyaris mencium lantai KLIA aritu... ni la kesinambungannye....

Naik bas dari airport... sambil sembang-sembang dengan Yahya, plan apa nak buat... tapi takde mood nak snap gambar sangat... sebab rasa tak sedap badan. 
Anyway, akhirnya sampai le kitorang ke Gangnam. Benti kat Wooseong station, lepas tu tersesat barat. 


Konon tak boleh mengharapkan local Koreans yang tak reti cakap English, so kitorang akhirnya ditolong oleh sorang mamat Korean yang pernah study kat USA. English memang berabuk la. 
Malangnyaaaa.... dia punya sense of direction out. Huhu.
Dah lintas jalan ke kiri ikut arahan dia... penat berjalan heret luggage... last-last tanya sorang lagi yang tak reti cakap English, dia tunjuk arah lawan. -____-
Satu bagusnya orang Korea ni, walaupun macam ayam ngan itik bercakap, tapi diorang sangat besar hati cuba nak tolong kita. 

Anyway, setelah kembali ke jalan yang benar... kitorang pun sampai kat Urban Place Gangnam. 
Aku kan dapat free accommodation provided by the conference organiser, so mana-mana pun aku tak kisah la...

Tapi...biliknya..... lawaaaaa!!!
 
Urban Place



 dan bersihhhhh...

 ....dan kemassss.....Siap ada mini kitchen, mini bar, ample space in the wardrobe sebesar-besar alam...free wifi.Hah. Nak apa lagi?
Terus aku rasa nak tido.
Tapi hasrat terbantut, maybe sebab adrenaline membuak-buak. Hahaha.
So, aku mandi dan berehat je. 
Petang sikit, baru aku bajet macam orang kaya.... membelek duit untuk bawak shopping. Hahaha




Gangnam
 
Alrighty.First and foremost, aku ngan Yahya rancang nak explore area Gangnam sajork. 
Beli barang makanan sikit... dan survey harga barang.

So, ni la dia peneman aku...cum tukang layan aku utk amik gambar...hehe
 


Puas tanya sana-sini, last-last sampai la ke supermarket kecik.
Buah-buah murah la jugak... dan konon nak stay healthy masa di tempat orang, aku pun beli buah ngan sayur, besides seaweed and snacks.
Aku nak beli yoghurt drinks pun terpinga-pinga sebab labelnya semua dalam font Korean yang bulat-bulat tu. Aku tanya sorang makcik tu...dia geleng-geleng tanda tak tau nak explain camna. So aku tunjuk both products, tunjuk thumbs up, thumbs down... masalah selesai
 Kahkahkah. Memang lawak.

 



Telur dijual 3 bijik-3bijik je. Hahaha. Forever alone sangatttt. Aku kat Adelaide ni, sekali beli terus 30 bijik.

Lepas tu, jalan-jalan lagi... sampai kat The Face Shop.
Niat asal nak tolong belikan facial mask yang ada orang pesan... sekali dengan aku sekali borong segala skin products. 

Yang lawaknya, kan selalu sales assistant akan annoyingly mengacau time kita memilih barang. Tapi yang ni.. sebab language barrier, dia berdiri je sebelah aku. Hahaha


Bila aku dah start tanya itu ini..baru dia  recommend. Tu pun sambil explain in Korean. Haram sepatah aku tak faham-- so pakai broken English dan sign language je la.

Lepas memborong, aku dapat free gifts. 
Lepas aku tambah lagi beli, dapat lagi free gifts... Wahahaha. sungguh girang rasanya!

So, apa lagi? Selfie sikit dengan diorang.


 Hasil memborong, beg di tangan kiri dan kanan. Walhal baru berhenti kat satu kedai.


Yahya pun terpengaruh membeli facial mask untuk Iin. Seronok jugak bila tolong bagi opinion untuk kawan lelaki shopping untuk bini. Hahaha.

Then, baru la kitorang start explore kat Gangnam Station.
Tempatnya ala-ala KL Sentral. Menarik gak. 



Berhenti rehat dulu pekena Chatime.
Niat di hati nak beli baju... tapi kali ni, kena pilih yang betul-betul ada X-factor. Kalau tidak, tak sempat apa, aku jemu pulak nak pakai-- membazir je.


Malam tu..balik ke hotel.... makan lebih kurang, tengok TVsambil muka bertampal facial mask sampai ke pagi. 
Kalau kat rumah, dengan anak-anak, kekadang tu tak sempat nak ber-mask, ber-lotion bagai. So time away macam-macam ni la aku bawak segala produk dandanan diri.


DAY 2

Hari ke-2 di Seoul. 
Mula-mula kita isi minyak dulu kat cafe hotel. Makan lebih kurang, sambil bincang dengan Yahya.



Dongdaemun

Mula-mula ke Dongdaemun. Fefeeling tourist sangat...dalam train pun nak bergambar.






Tak tau pulak kitorang, kalo weekend kedai buka lambat macam kat Aussie. Maka berpusing-pusing la kitorang untuk kill the time sementara tunggu kedai buka.






Then, masuk le ke shopping mall Migliore.
Yahya menerai-nerai suit nak dibeli untuk dipakai masa present. Acecece....

Aku beli gak untuk MrHubby... malangnya tak lepas tang dada. Bukan tang perut. Kalau kurus pun, dada takkan kurus... huhuhu. Apa boleh buat, rugby player kekdahnye.

By tengahari sikit, we went back to the hotel... siap-siap untuk ke COEX (the conference venue).




Opening ceremony

Yang bagusnya, conference organizer sediakan shuttle bus untuk ke COEX. So, tak payah la susah-susah naik train.


Mula-mula kita register dulu....
Dapatkan conference satchel, dan tuntut duit untuk airfares.
Ni yang aku seronok datang ICOH ni--- dah la conference fee waived, accommodation dapat free, airfares -partly reimbursable! Alhamdulillah....



Lepas tu. masuk la ke auditorium untuk perasmian.


Opening dia sangat da'bomb!
Terus aku fikir...err... kalau Aussie jadi host ICOH nanti, kena buat gah cengini la gamaknya ye.


That black thingy--adalah untuk dengar translation kalau speaker berucap dalam bahasa asing.


Masa majlis tengah berjalan... aku keluar jap, pasang poster aku.
Sempat lagi selfie dengan AJK yang tolong tampalkan. Dia kata poster aku bagus... Walaupun logiknya maybe dia cakap ayat yang sama kat semua poster presenter, lantak la kan?! Hewhewhew.



Habis opening ceremony, ada welcoming drinks/dinner.

Aku malas nak stay lama-lama... sebab sakit kaki pakai kasut baru.
Tapi, sempat la bergambar dengan dua-dua boiprens aku.

Yang kiri tu SV aku... yang kanan tu yang nyaris-nyaris jadi SV aku kalau aku buat PhD kat Korea dulu.


So, balik ke hotel... aku lepak tengok TV sambil makan dinner ala-kadar. Siap Yahya hantarkan nasi lagi. Terima kasih, mas. Ngehehe.



DAY 3

Okay... about to start tukar gear.
Breakfast dulu... siap ada kimchi untuk breakfast, okayhhh...

Briefing for poster presenters

Then, rushed to COEX for a briefing session for poster presenters.
Meja aku sangat harmoni... Mexican, Belgian, Japanese, Moroccan dan entah dari mana lagi.


Orang sibuk dok briefing, aku sibuk selfie. Ngeee... almaklumlah, blogger!


Lepas tu, attend la any parallel sessions yang agak-agak related dengan bidang sendiri... dan tolong jaga booth Aussie.
Booth ni adalah untuk promote and help with the bidding (wakil Australia la katakan!)  untuk jadi ICOH host in 2021. 
Haaaa... lambat lagi tu. Tapi dah start planning dah. The next host is Dublin (2018).



COEX Mall

COEX tempat conference ni sebenarnya bersambung dengan tempat shopping. Since Yahya was busy preparing the materials for his oral presentation, petang tu aku punmeronggeng ke COEX Mall dengan liangmoi, Sharon.

Walaupun Sharon ni attached ngan UniSA, sebenarnya aku tak tau pun Sharon pun gi ke conference yang sama. Tau-tau je nampak check-in kat area-area kat Seoul. So, baru la buat plan untuk berjimba berjemaah.


Mula-mula tawaf kat butik-butik orang kaya.... lepas tu makan aiskrm green tea! Nyummm...



Bongeunsa Temple

Sementara nak tunggu shuttle balik ke hotel, kitorang pegi ke Bongeunsa Temple kat seberang jalan.
Cantik temple nye.








DAY 4 

Hari penting-- kita mulakan dengan makaaannnn bersama ibu-ibu dari Indo!!!



Poster
Kenapa aku kata hari penting?
Sebab hari ni adalah hari aku kena berdiri terpacak tepi poster aku untuk bertemu judges.
Habis present nanti, baru kita buat plan untuk mengular. Buat yang wajib dulu...


Yours truly with Aida, the Mexican whose poster was next to mine.
Dia ni professor katanya. Terus aku rasa macam semut di dalam tanah. Maklumlah... aku kan buah cempelak li lua paga saje nye pun. Hukhukhuk



Then I was visited by the judges separately, Susan and Bill.
Err...sebenarnya aku tak sure pun Bill tu judge aku. Tapi aku explain je la kat dia segala toknenek pasal study aku tu.
 
Abis present, menyibuk kat Aussie booth....


...  attend one of the sessions with MIHA President, Kak Sabrina.


Lepas tu, rush balik untuk siap-siap pegi Korean Night dinner.

Korean Night


Us with Kanami and Sarven.





Yummy food!
Great companions....


 and awesome performance!


Ada jugak talk drp Buddhist monk.
Dan last sekali...ada trip berjalan ke Bongeunsa Temple.

Aku dah malas nak pegi sebab perut dah kembung... lagipun kan aku dah pegi sehari dua lepas. Hehehe.

Masa dok tunggu shuttle nak balik tetiba ada mamat Mexican ni ajak bergambar pulak.
Eh.
Siapa kao? Loyer? Majistrettt?

...to be continued

Viewing all 64 articles
Browse latest View live